• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Bas Ekspres Di Pudu Sentral Tamat Hujung Tahun Ini

oleh AK-47
15/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setelah berjasa hampir 40 tahun, operasi perkhidmatan bas ekspres jarak jauh di stesen Pudu Sentral atau sebelum ini lebih dikenali sebagai hentian Pudu Raya bakal ditamatkan pada hujung tahun ini.

Perkara tersebut telah disahkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar ketika ditemui pemberita pada rumah terbuka Aidilfitri anjuran agensi itu di sini pada Khamis.

Menurut beliau, penutupan berkenaan dilakukan bertujuan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang amat teruk di pusat ibu kota itu terutama ketika waktu puncak pada hari-hari bekerja.

“Kita mendapati timbul pelbagai masalah seperti berlaku kesesakan dan bas ekspres jenis dua tingkat juga tidak dapat memasuki ruang pengambilan penumpang kerana laluan keluar masuk yang agak sempit.

“Jadi untuk mengatasi kesulitan itu, kesemua perkhidmatan bas ekspres jarak jauh ini akan dipindahkan ke TBS-BTS (Terminal Bersepadu Selatan – Bandar Tasik Selatan) secara berperingkat,” katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun, Syed Hamid memaklumkan perkhidmatan bas ekspres bagi perjalanan jarak dekat masih lagi beroperasi di hentian Pudu Sentral seperti biasa kerana bilangannya tidak begitu banyak.

“Bas jarak dekat masih lagi ada (di Pudu Sentral). Notis pemindahan ke TBS-BTS ini sebaliknya hanya melibatkan semua operasi bas ekspres jarak jauh,” jelas beliau.

“Pengusaha perkhidmatan bas ekspres sudah dimaklumkan mengenai notis pemindahan tersebut. Saya rasa tidak timbul isu kerana TBS-BTS mampu menampung banyak bas dalam satu-satu masa,” katanya lagi.

Dalam pada itu, sumber memberitahu MStar Online, pengusaha bas ekspres di Pudu Sentral juga perlu menyegerakan pengosongan tapak depoh kenderaan awam tersebut di Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur.

Proses pemindahan dari tapak tersebut yang terletak bersebelahan dengan kompleks ibu pejabat kontinjen polis Kuala Lumpur itu sudah pun berkuatkuasa 15 Jun lalu sehingga hujung tahun ini.

Pudu Sentral yang kini turut menempatkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada 1976 lalu oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Hussein Onn  – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

Tags: bas ekspresPudu SentralSPAD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

10/06/2025
0

Maran: Sebuah bas ekspres membawa 28 penumpang terbabit dalam kemalangan apabila melanggar belakang treler di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur...

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

30/05/2025
0

KUALA KRAI: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan Perodua Myvi di Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd