SELAMA ini parti pembangkang sering mendesak diadakan proses pilihan raya yang telus dan bersih tetapi malangnya pihak itu sendiri enggan mendedahkan sumber dana politik mereka cukup diragui kesahihannya.
Bukanlah sesuatu yang luar biasa melihat jentera pembangkang jauh lebih mewah daripada BN sendiri setiap kali berlangsung pilihan raya umum dan kecil walhal mereka sering mendakwa sebagai miskin serta hidup susah.
Tidak cukup dengan itu, ada syak pembangkang dibiayai sumber Zionis antarabangsa berdasarkan hubungan rapat beberapa pemimpin mereka dengan tokoh berpengaruh asing yang jelas ada kepentingan tersirat tertentu.
Baca: Dana RM2.6 Bilion Bantu UMNO Lawan DAP, Yahudi
Juga: Zahid Dedah Cerita Derma Dana RM2.6 Bilion
Ini dibuktikan lagi dengan serangan bertali-arus media ternama luar negara yang diketahui ada agenda Zionis pernah menghancurkan ramai pemimpin negara Islam di Timur Tengah selain mencetuskan rusuhan Arab Spring.
Justeru, melihat senario berbahaya itu kepada kedaulatan Malaysia, sebuah badan bukan kerajaan dikenali sebagai Pertubuhan Suara Inspirasi Malaysia mengadakan flash mob atau tunjuk perasaan setempat pada Jumaat lalu.
Bertempat di hadapan menara berkembar Petronas di Suria KLCC, kelompok tersebut mendesak semua parti politik di Malaysia termasuk DAP dan PKR agar lebih berani tampil mengistiharkan punca dana politik mereka.
Disertai kira-kira 50 orang peserta, mereka memegang pelbagai ‘plakad‘ yang memaparkan mesej mahu semua parti supaya telus dalam menjalankan gerak kerja siasah mereka terutama berkaitan dengan sumber dana politik.
Baca: Pakatan Terima AS$1 Juta Setahun Dana Zionis Guling BN?
Juga: Dana RM2.6 Bilion: Tiba-Tiba Ada Takut Kritik Arab Saudi
Antara isu lain yang turut dibangkitkan ialah menggesa pihak BERSIH menjelaskan punca dana mereka, isu RM7.6 bilion di bawah Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dan sokongan Yahudi terhadap pergerakan BERSIH.
Kumpulan itu mendakwa, adalah tidak adil jika semua pihak hanya menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja dalam isu dana politik ini sedangkan pembangkang dibiarkan bebas terlepas begitu sahaja.
Semua parti yang bertanding ujarnya, perlu telus dan bertangungjawab jika ingin memastikan proses pilihan raya di negara ini telus serta bersih daripada segala anasir sogokan politik dan pelbagai unsur penyelewengan.
Persoalannya, beranikah BERSIH, DAP dan PKR sahut cabaran ini mengumumkan punca dana mereka? Cukuplah berlagak tetapi cubalah jadi macam anak jantan pantang dicabar dan berani kerana benar! – Mynewshub.cc/HAA