• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Bertemu Pemimpin Parti-Parti Komponen BN

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) di sini.

Pertemuan Najib yang juga Pengerusi BN dengan para pemimpin itu berlangsung hampir dua jam sejak 10 pagi di Bangunan Perdana Putra, yang turut menempatkan pejabat perdana menteri.

Turut hadir Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Kereta para pemimpin berkenaan dilihat mula meninggalkan perkarangan Perdana Putra kira-kira 11.40 pagi.

Presiden Parti Rakyat Sarawak Tan Sri James Masing, yang memberhentikan keretanya di luar perkarangan Bangunan Perdana Putra, mengesahkan mengenai pertemuan itu kepada para pemberita.

Masing berkata pada pertemuan itu, para pemimpin parti-parti komponen menzahirkan sokongan mereka kepada perdana menteri.

“Kami memberitahu beliau (Najib) tentang keyakinan penuh kami terhadapnya,” kata Masing.

Beliau berkata Najib juga menasihatkan semua parti komponen supaya mengambil langkah sewajarnya untuk memperkukuhkan BN selain meningkatkan sokongan akar umbi terhadap parti masing-masing. – BERNAMA

 

 

Tags: BNNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Makkal Sakti Malaysia mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) keluar daripada Kerajaan Madani secepat mungkin kerana kerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd