• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MyTeksi Kumpulkan US$350 Juta Dalam Pembiayaan Tambahan

oleh Ahmad Albab
21/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – GrabTaxi Holdings Pte Ltd, yang dikenali sebagai MyTeksi di Malaysia, telah menerima dana tambahan sebanyak lebih daripada US$350 juta, menjadikannya salah satu daripada syarikat permulaan dengan pembiayaan yang terbaik di Asia Tenggara.

GrabTaxi dalam satu kenyataan hari ini, berkata dana tersebut datang daripada Coatue Management LLC, sebuah firma pelaburan Amerika Syarikat yang melabur dalam teknologi di seluruh dunia.

“Coatue juga melabur dalam dana kekayaan kedaulatan China, China Investment Corporation dan rangkaian pengangkutan sehenti yang terbesar di China iaitu Didi Kuaidi, dengan sokongan daripada pemegang saham sedia ada.

“Ini telah membawa jumlah pembiayaan GrabTaxi kepada US$700 juta.

“Pelaburan ini bukan sahaja membuktikan penguasaan GrabTaxi dalam rantau ini tetapi juga menunjukkan potensi pertumbuhan Asia Tenggara pada peringkat global,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, GrabTaxi Group dan Pengasas Bersama, Anthony Tan.

Selain teksi, dana itu akan digunakan untuk mengembangkan tawarannya seperti kereta persendirian dan motosikal yang dikenali sebagai GrabCar dan GrabBike.

“Dengan mempelbagaikan tawaran kepada kereta persendirian dan motosikal akan membolehkan kami menyentuh orang yang berbeza-beza dari segi tahap pendapatan serta keperluan berulang-alik.

“Dana itu juga akan digunakan untuk membangunkan teknologi dan mengembangkan pejabat kejuruteraan kami di Singapura, Malaysia, Vietnam dan China,” katanya.

GrabTaxi yang dilancarkan pada 2012, mempunyai operasi di 26 bandar di Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam dengan lebih daripada 110,000 pemandu di Asia Tenggara. – BERNAMA

Tags: MyTeksi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perkhidmatan Uber Kini Berada Di Shah Alam

12/01/2016
0

UBER agak popular di media massa sejak tahun lepas, dengan kosnya yang jimat, perkhidmatannya juga efektif dan memberi keselesaan kepada...

MyTeksi Hanya Guna Teksi Bermeter Di Pulau Pinang

02/12/2015
0

GEORGETOWN - MyTeksi, aplikasi pengangkutan darat terbesar di Asia Tenggara, mengumumkan bahawa semua pemandu teksi Pulau Pinang yang berdaftar dengannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd