• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MyTeksi Hanya Guna Teksi Bermeter Di Pulau Pinang

oleh Ahmad Albab
02/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – MyTeksi, aplikasi pengangkutan darat terbesar di Asia Tenggara, mengumumkan bahawa semua pemandu teksi Pulau Pinang yang berdaftar dengannya memberi komitmen untuk menggunakan tambang bermeter.

Pengurus Bandar raya, MyTeksi Pulau Pinang Loh Ji Yuan berkata mulai semalam pemandu MyTeksi akan mengenakan caj tambang bermeter yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

“Inisiatif ini adalah bagi menyokong keputusan SPAD bahawa semua pemandu teksi di Malaysia mesti menggunakan meter,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Trafik dan Tebatan Banjir Chow Kon Yeow.

Loh berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada misi syarikat untuk mengubah industri dalam menyediakan pengangkutan selamat, boleh dipercayai dan mudah sekali gus kesejahteraan pemandu di samping melengkapkan misi pihak berkuasa untuk mengawal industri teksi.

Sementara itu, Chow dalam ucapannya berkata dengan caj penggunaan meter yang dibuat oleh MyTeksi, ia mampu mengatasi rungutan terutama pelancong berkenaan pengenaan tambang teksi.

“Dengan adanya MyTeksi, maka ia dapat mengurangkan rungutan yang sering kita dapat daripada pelancong serta pelawat berkenaan pengusaha teksi yang tidak mahu mengikut meter dan mahu melalui rundingan harga untuk ke sesuatu destinasi di negeri ini,” katanya.

Chow berkata kebanyakan pelancong memberi rungutan berhubung Pulau Pinang yang mempunyai sebuah Bandar raya yang moden namun tidak mahu menggunakan meter sebaliknya masih menggunakan sistem runding harga.

Beliau turut melahirkan penghargaan kepada MyTeksi atas pelancaran penggunaaan meter tersebut yang sekali gus dapat mengatasi permasalahan yang dihadapi berhubung aspek pengangkutan di negeri ini. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]s6nbrxuC7Ao[/wpdevart_youtube]

Tags: MyTeksi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perkhidmatan Uber Kini Berada Di Shah Alam

12/01/2016
0

UBER agak popular di media massa sejak tahun lepas, dengan kosnya yang jimat, perkhidmatannya juga efektif dan memberi keselesaan kepada...

Aplikasi MyTeksi Atau Uber Hanya Untuk Kenderaan Berlesen

28/10/2015
0

KUALA LUMPUR - Hanya kenderaan berlesen dan mempunyai permit sahaja dibenarkan menggunakan aplikasi MyTeksi atau Uber untuk mendapatkan penumpang, persidangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd