Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Gas Masak Meletup Di...

KLANG - Suami isteri cedera apabila kediaman mereka di Taman Saga, Meru di...

Anwar Tak Jadi Saman...

PETALING JAYA - Anwar Ibrahim tidak akan menyaman Muhammed Yusoff Rawther berhubung dakwaan...

Kepala, Kaki, Tangan 2...

KUALA LUMPUR - Polis melancarkan operasi mencari beberapa lagi bahagian badan dua mayat...

Kematian Baby Adam Tiada...

KUALA LUMPUR - Siasatan polis sebelum ini mendapati kematian bayi lelaki berusia 10...

Misteri DEIG, Dalih Azmin Ali: Di Manakah SPRM?

SHAH ALAM – Bangunan UMNO Selangor di ibu negeri itu pada Khamis malam penuh sesak macam esok ada pilihan raya umum tetapi ramai pula datang bukan sekadar hadiri acara rutin majlis bacaan Yasin di suraunya.

Memetik portal berita AgendaDaily, sambutan luar biasa masyarakat terhadap isu panas melibatkan Darul Ehsan Investment Group Berhad (DEIG) menyebabkan program taklimat di bangunan parti itu amat dinanti-nantikan.

ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd. Zohdi jadi tumpuan ramai ketika taklimat lebih sejam itu kerana beliau antara terbabit bahas isu kontroversi DEIG dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada hari sebelum itu.

Isu berkenaan buat julung kali memaksa Menteri Besar, Azmin Ali terpaksa ‘akur’ dengan tuntutan majoriti ADUN; sebahagian besarnya daripada BN dan Pas untuk gantung sementara operasi DEIG yang penuh misteri.

Bahkan buat kali pertama, sidang DUN itu menyaksikan perdebatan ibarat buku bertemu ruas apabila bekas Menteri Besar paling cemerlang dalam sejarah Selangor; Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ‘hentam kow-kow’ Azmin.

Mungkin sedih lihat fungsi DEIG ambil alih Menteri Besar Incorporated (MBI), ADUN Bebas dari Pelabuhan Klang itu berjaya ulas isu tersebut lebih baik malah tiada lagi imej ‘gagap’ seperti ditohmah musuhnya selama ini.

Memang ramai datang pada taklimat di Bangunan UMNO itu semata-mata hendak tahu cerita di sebalik DEIG yang kecoh awal minggu ini ekoran pelbagai versi kisah pelik mengenai entiti baharu sayap pelaburan Selangor itu.

Paling membangkitkan kemusykilan adalah DEIG bebas daripada diaudit, malah boleh lagi membuat pinjaman pelaburan tanpa perlu menghantar laporan kewangan kepada kerajaan negeri atau bentang pada sidang DUN.

Hampir semua pemimpin NGO mesra BN di Selangor, selain aktivis politik dan wakil media turut serta dalam taklimat bertajuk ‘DEIG – Kebimbangan Kita‘ disampaikan Budiman yang menjelaskan ia bukannya isu politik.

Sebaliknya ia adalah kebimbangan semua wakil rakyat di Selangor, tidak kira pembangkang mahupun kerajaan terhadap keperluan dan ketelusan DEIG seperti disuarakan ramai ADUN di dalam dan di luar sidang DUN.

Sentimen ditunjukkan wakil rakyat kerajaan dan pembangkang adalah sama, iaitu semua mahu aktiviti DEIG ditangguhkan untuk sekurang-kurangnya enam bulan kerana kewujudannya lebih ‘pelik’ daripada isu 1MDB.

“Penubuhan entiti pelaburan ini nampaknya sama dengan syarikat-syarikat lain, iaitu tertakluk kepada Akta Syarikat 1967 malah di bawah akta itu, DEIG bebas daripada diaudit pihak lain, termasuk dipersoalkan di DUN.

“Jika penubuhan DEIG perlu, ia patut jadi anak syarikat MBI berperanan sebagai juruperunding komersial kepada subsidiari MBI, bukan sebuah entiti ada bidang kuasa untuk kawal operasi semua anak syarikat MBI,” tegasnya.

Disebabkan DEIG membabitkan aset-aset kerajaan negeri ujar Budiman, Kerajaan Selangor yang diketuai Azmin patutnya perlu terlebih dahulu menyediakan satu laporan lengkap yang boleh dibentang dan diteliti semua ADUN.

Keperluan menubuhkan DEIG dipersoalkan pelbagai pihak, memandangkan sudah wujud MBI dengan fungsi sama dan Azmin wajar kaji cara agar MBI sedia ada boleh berfungsi lebih baik, bukan menubuhkan entiti baharu.


Baca: Skandal DEIG Di Selangor Lebih Dahsyat Daripada 1MDB

Juga: Azmin Ali Diragui Sekutu Sendiri Isu DEIG Ala 1MDB

Ini tambah Budiman, akan menambahkan lagi kos dan memaksa pihak kerajaan negeri memperuntukkan bajet ‘duit rakyat’ yang sebenarnya boleh digunakan untuk banyak projek lain lebih bermanfaat kepada Selangor.

Beliau memberi contoh, untuk meningkatkan ketelusan MBI, kerajaan negeri boleh mewajibkan perbadanan itu supaya menyerahkan laporan kewangan tahunan untuk diaudit sendiri oleh pihak jabatan audit negeri.

Sementara itu, seorang lagi pemimpin muda UMNO Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, langkah menubuhkan DEIG menstruktur pelaburan 12 entiti di bawah MBI dipersoalkan kerana tiada ketelusan.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, terma pinjaman DEIG sangat ‘pelik’ dan mengelirukan selain bebas diaudit apabila boleh buat pinjaman pelaburan tanpa perlu hantar laporan kewangan kepada kerajaan atau DUN.

Menyifatkan penubuhan DEIG sebagai ‘ada udang di sebalik batu’, Irmohizam meminta Azmin mendedahkan identiti dua individu menjadi pemegang saham DEIG yang bebas menguruskan aset milik rakyat Selangor itu.

“DEIG dalam konteks ini diberi kuasa mutlak yang boleh mengu­ruskan semua anak syarikat di bawah MBI tanpa ada proses semak dan imbang; seterusnya dapat menyebabkan masalah ketelusan dan terdedah risiko rasuah.

“Saya juga khuatir DIEG ini adalah cubaan untuk dijadikan saluran sumbangan politik, maka sengaja ditetapkan agar tiada mekanisme audit yang sewajarnya untuk periksa syarikat berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Irmohizam mengulas kekecohan sesi perbahasan sidang DUN Selangor apabila Abdul Khalid mempersoalkan tujuan sebenar kerajaan negeri mewujudkan DEIG konon bagi menguruskan pelaburan anak-anak syarikatnya.

Beliau yang dipecat PKR kerana enggan menyerahkan jawatan MB kepada ADUN baharu Kajang itu bahkan mempertikaikan kewujudan DEIG yang didakwa ditubuhkan tanpa sebarang enakmen dan tiada kelulusan DUN.

Mengulas lanjut, Irmohizam turut mempersoalkan apa rasional­nya DEIG didaftarkan di bawah Akta Syarikat Malaysia konon untuk menstruktur anak-anak syarikat kerajaan negeri walhal perkara itu boleh dilakukan MBI.

Tambahnya, satu undang-undang perlu ada untuk mengawal DEIG kerana syarikat berkenaan akan bebas mengawal segala operasi dan me­ngurus aset milik rakyat Selangor yang bernilai berbilion-bilion ringgit.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) perlu siasat akaun syarikat itu kerana penubuhannya menimbulkan pelbagai persoalan dan pertuduhan serius.

“Jika Azmin tidak setuju cadangan diberikan semua pihak dan terus pertahan pendiriannya, maka sudah pasti ‘ada udang di sebalik batu’ yang rakyat sendiri akan dapat menilainya,” kata beliau. – Agensi/Mynewshub/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori