• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH370: Pemeriksaan Teknikal Di Bawah Prosedur Kehakiman

oleh Ahmad Albab
06/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pemeriksaan teknikal akan dijalankan di bawah kerangka prosedur kehakiman dan siasatan teknikal antarabangsa bersama untuk memeriksa serpihan flaperon yang ditemui di Pulau Reunion, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata perkara itu dipersetujui apabila pegawai dari Malaysia bersama dengan pegawai dari Biro Siasatan dan Analisis Keselamatan Penerbangan Awam Perancis (BEA) menemui hakim penyiasat di Paris pada 3 Ogos dalam satu mesyuarat penyelarasan.

Mesyuarat penyelarasan ialah untuk membincangkan prosedur pemeriksaan dan pengesahan sebelum membuat pemeriksaan ke atas flaperon yang dijadualkan pada Rabu ini di Toulouse, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini Selasa.

“Mesyuarat bersifat informasi dan berhasil dan Malaysia menghargai sepenuhnya kerjasama yang diberikan dalam hal ini,” kata Azharuddin, yang juga Pengerusi Pasukan Petugas Peringkat Tinggi MH370.

Flaperon itu telah dipindahkan ke Toulouse, Perancis pada 1 Ogos di bawah rangka kerja siasatan kehakiman Perancis yang diketuai oleh hakim penyiasat, M.Alain Gaudino untuk pemeriksaan lanjut bagi mengesahkan keasalan serpihan berkenaan.

Pada 29 Julai, bahagian dari sayap pesawat dikenali sebagai flaperon dijumpai di Pulau Reunion dan ia dipercayai daripada pesawat Boeing 777, lantas meniupkan spekulasi bahawa ia mungkin milik pesawat MH370 Malaysia Airlines yang hilang.

Pada 8 Mac tahun lepas, Penerbangan MH370 hilang dari imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 orang penumpang dan krew.

Azharuddin berkata, Malaysia dan Perancis berkongsi keprihatinan dan kebimbangan semua anggota keluarga terdekat untuk menentukan keasalan flaperon dengan harapan untuk mengakhiri penantian selama 16 bulan bagi berita dan bukti-bukti fizikal mengenai pesawat yang hilang itu.

“Malaysia juga merakamkan penghargaannya kepada BEA kerana membantu untuk memudahkan mesyuarat penyelarasan,” katanya.

Azharuddin mengulangi komitmen Kuala Lumpur bahawa ia akan menjalankan semua usaha yang perlu untuk membantu dalam proses pengesahan dan apa-apa siasatan selanjutnya yang mungkin dijalankan di Perancis walaupun jika Malaysia meneruskan siasatannya sendiri dalam perkara ini.

Menurut Lampiran 13 Konvensyen mengenai Penerbangan Awam Antarabangsa 7 Disember 1944, Malaysia, sebagai Negara Mendaftar dan Negara Pengendali Boeing 777 – MH370, telah menjalankan siasatan keselamatan pada 8 Mac tahun lepas. – mStar Online

Tags: DCAMH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd