• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH370: Pasukan Malaysia Jumpa Tingkap Pesawat?

oleh
10/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Pasukan penyiasat Malaysia yang berada di Pulau Reunion mula melakar kejayaan tersendiri apabila menemui satu lagi serpihan dipercayai bingkai tingkap pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac tahun lalu.

Perkara itu diumumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai di Kuala Lumpur lewat Khamis namun beliau enggan mengesahkan sama ada serpihan itu memang milik pesawat Malaysia Airlines (MAS) tersebut.

“Banyak benda yang berjaya ditemui pasukan Malaysia dan ia sedang dikumpulkan termasuk antaranya foil atau keranjang aluminium, bingkai jendela serta bantal daripada kerusi pesawat,” jelasnya pada sidang media itu.

Sekumpulan penyiasat dari Malaysia sudah berada di pulau pentadbiran kerajaan Perancis di Lautan Hindi itu sejak minggu lalu susulan penemuan flaperon atau sirip sayap yang akhirnya disahkan sebagai komponen MH370.

Bagaimanapun pihak berkuasa Perancis belum lagi memuktamadkan serpihan itu tetapi mengesahkan nombor siri yang terdapat pada puing tersebut memang dibuktikan berdasarkan rekod rutin penyelenggaraan MAS tahun lalu.

“Saya tidak boleh menyenaraikan satu persatu benda yang dijumpai itu, namun kesemua serpihan berkenaan memang komponen pesawat dan telah dihantar ke Perancis untuk pengesahan seterusnya,” jelas Tiong Lai.

Beliau tidak menjelaskan lebih lanjut penemuan terbaharu itu sebaliknya laporan media antarabangsa di Reunion menunjukkan ratusan komponen puing pesawat ditemui di sepanjang pantai pulau berkenaan akhir-akhir ini.

Kerajaan Perancis dilaporkan amat berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi susulan penemuan flaperon pada 1 Ogos lalu kerana bimbang objek dijumpai itu adalah sampah dibuang daripada kapal kontena.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media awal Khamis mengesahkan puing berkenaan sebagai komponen MH370 yang hilang secara secara misteri ketika dalam perjalanan dari KLIA ke Beijing, China.

Tiong Lai dalam pada itu berkata, Putrajaya menghormati pendirian Paris namun menegaskan pasukan penyiasat kita juga amat berhati-hati dalam setiap penilaian untuk mengelak salah maklumat. – Agensi/Mynewshub/HAA

Tags: MH370Reunion
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd