• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mana-Mana Ahli Politik Bebas Terima Dana Dari Luar

oleh Ahmad Albab
01/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Mana-mana ahli politik daripada pembangkang mahupun kerajaan, bebas menerima sumbangan atau bantuan kewangan dari negara luar, selagi tiada undang-undang yang menghalang serta mengawal selia  kemasukan dana politik itu di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Malaysia tidak seperti sesetengah negara yang mempunyai peraturan khas untuk mengekang ahli politik menerima dana daripada para penyokong.

“Jadi, sekarang kalau nak bercakap pasal Barisan Nasional (terima dana politik), saya nak beritahu parti pembangkang pun banyak terima.

“Contohnya, ketika sidang Parlimen berlangsung, saya lihat ramai ahli-ahlinya keluar masuk Dewan dan pergi ke luar negara kerana dijemput
untuk bercakap di platform antarabangsa…siapa yang bayar, ” katanya.

Beliau menyatakan demikian sebagai reaksi terhadap tuntutan pembangkang agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan sumber pembiayaan politik UMNO, pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di sini hari ini.

Anggota Parlimen Pengerang itu berkata jika pembangkang masih merasakan sumbangan politik itu adalah sesuatu yang diperlu dikawal selia, maka mereka perlu mengusulkan perkara itu dalam persidangan Dewan Rakyat.

“Untuk berlaku adil, saya sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Parlimen berjanji akan mengkaji sendiri usul yang diberikan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Azalina berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak minggu depan bagi membincangkan pindaan semula Akta Komunikasi Dan Multimedia.

Menurutnya, ketiadaan pindaan terhadap akta itu ketika ini mengakibatkan kerajaan sukar mengambil tindakan terhadap mana-mana pengamal media sosial yang didapati tidak bertanggungjawab dengan laporan mereka.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, hanya keluarkan lesen (kepada organisasi media sosial) bukannya penguatkuasaan… Di Singapura, mereka boleh didakwa dan tangkap.

“Sekarang ini, kita cuma perlu tengok sama ada perlu dibuat satu mahkamah khas seperti Mahkamah Multimedia ke, atau kedua, kita tengok kepada andaian bersalah…sehingga anda dibuktikan tidak bersalah,” katanya.

Azalina berkata draf pindaan akta tu difahamkan sedang dibuat dan dijangka dibentang di Parlimen pada Oktober ini. – BERNAMA

Tags: Azalina Othman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jasa Besar 1MDB Ditutup, Jadi Mangsa Persepsi Jahat

Next Post

Kerajaan Ada Rancangan Pulihkan 1MDB, Perlu Masa 6 Bulan

Related Posts

Ejen Tipu Pekerja Asing Patut Dihukum Lebih Tegas, Lakukan Jenayah Kemanusiaan – Azalina

Ejen Tipu Pekerja Asing Patut Dihukum Lebih Tegas, Lakukan Jenayah Kemanusiaan – Azalina

26/12/2023
0

KOTA TINGGI : Syarikat serta ejen pekerja asing yang mengeksploitasi golongan itu dengan janji kerja palsu perlu disiasat serta dikenakan...

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

‘Pemberi Maklumat Perlu Dilindungi, Akta Kebebasan Maklumat Tak Boleh Dibuat Tergesa-gesa’

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menolak kemungkinan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dipinda terlebih dulu sebelum membentangkan Akta Kebebasan Maklumat...

Next Post

Kerajaan Ada Rancangan Pulihkan 1MDB, Perlu Masa 6 Bulan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd