• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Cadang Kawal Selia Internet – Najib

oleh Ahmad Albab
21/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan bercadang melaksanakan standard antarabangsa bagi mengawal selia Internet.

“Saya secara khusus mengatakan mengawal selia, bukan menyekat – agar tiada siapa perlu menderita akibat difitnah jenayah.

“…supaya internet menjadi ruang tidak terkawal yang dikuasai penghinaan dan perkara yang tidak benar,” katanya semasa menyampaikan ucapan bertajuk ‘Kepimpinan Dalam Masa Mencabar” pada siri ke-25 Ceramah Tunku Abdul Rahman, anjuran Institut Pengurusan Malaysia (MIM) di sini, malam ini.

Hadir sama Presiden MIM, Tun Mohammed Hanif Omar.

Najib berkata kerajaan mengambil isu keselamatan semua rakyat Malaysia secara serius dan sebab itu memperkenalkan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015.

Najib berkata pembaharuan ekonomi negara telah dipadankan dengan bidang-bidang lain seperti pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Ordinan Darurat, Akta Buang Negeri dan Akta Kediaman Terhad.

Beliau berkata negara juga telah meluluskan Akta Perhimpunan Aman, mengubah undang-undang bagi membolehkan pelajar menyertai bidang politik dan meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

“Ini adalah perkembangan paling besar kebebasan awam dalam sejarah Malaysia. Namun, beberapa pihak luar telah menyerang kita kerana tidak menjaga hak rakyat,” katanya.

Najib juga membidas kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa ‘demokrasi di Malaysia sudah mati’.

Justeru, perdana menteri berkata jika ada yang sangsi bahawa rakyat Malaysia mempunyai kebebasan untuk mencari kesalahan kerajaan, maka mereka hanya perlu meluangkan sedikit masa untuk melihatnya dalam talian.

“Kami sedar kritikan yang dilemparkan terhadap kerajaan dan kami mendengarnya…tidak seperti negara-negara membangun yang lain.

Bagaimapun, tiada siapa yang akan ditangkap atau didakwa kerana menyuarakan pandangan yang sah,” katanya.

Bagaimanapun, katanya kebebasan datang dengan tanggungjawab dan mereka yang
berfikiran terbuka dan dimaklumkan berada dalam kedudukan untuk membuat pertimbangan yang lebih menyedarkan.

Tetapi mereka yang kurang bermaklumat akan menjadikan perkara yang kurang tepat dan pembohongan serta bergantung kepada sumber tidak boleh dipercayai
dengan memutar dan mensensasikan maklumat, katanya.

“Ini amat bahaya dan sebab itu mengapa kerajaan saya bercadang mengenakan standard antarabangsa untuk mengawal selia internet,” katanya. – BERNAMA

Tags: internet
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Syarat Wajib Lulus BI Dalam SPM Hanya Boleh Dilaksanakan Seawal 2020

Next Post

3 Sekeluarga Mangsa Letupan Bom Gembira Pulang Ke Malaysia

Related Posts

RM100 Juta Pastikan Capaian Internet Sekolah Luar Bandar

RM100 Juta Pastikan Capaian Internet Sekolah Luar Bandar

18/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi memastikan capaian internet di sekolah desa dan pedalaman. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Pakej Internet Berkelajuan Tinggi Untuk Sekolah Mulai 1 Julai

Pakej Internet Berkelajuan Tinggi Untuk Sekolah Mulai 1 Julai

18/05/2024
1

Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk dilanggan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan...

Next Post

3 Sekeluarga Mangsa Letupan Bom Gembira Pulang Ke Malaysia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd