• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tetapkan 9 Sept Dengar Semula Rayuan Pemandu Teksi

oleh Ahmad Albab
28/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 9 Sept untuk mendengar semula rayuan pemandu teksi, Chew Siang Chee bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara kerana memiliki pistol dan peluru hidup berhubung kes pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (Ambank) Hussain Ahmad Najadi.

Hakim Kamardin Hashim menetapkan tarikh itu dengan dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin dan peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Chew.

Terdahulu, Wan Shaharuddin memaklumkan kepada mahkamah bahawa Mahkamah Rayuan pada 19 Ogos lepas memerintahkan supaya Mahkamah Tinggi di sini mendengar semula rayuan Chew terhadap sabitan, hukuman penjara berjumlah 14 tahun dan enam sebatan.

Pada 4 Sept tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin menolak rayuan Chew terhadap sabitan dan hukuman penjara itu tetapi meminda hukuman penjara kepada berjalan secara serentak dan dengan itu Chew hanya perlu menjalani hukuman penjara 10 tahun sahaja.

Chew, 46, merayu ke Mahkamah Tinggi selepas Mahkamah Sesyen mendapatinya bersalah memiliki sepucuk pistol jenis Walther dan empat butir peluru hidup di Kondominium Desa Cindaimas di Jalan Kuchai Lama, pada pukul 5.45 petang, 3 Ogos 2013.

Dia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan bagi kesalahan memiliki pistol dan penjara empat tahun bagi kesalahan memiliki peluru.

Pada awalnya, Chew diperintah menjalani hukuman penjara itu secara berasingan berkuat kuasa daripada tarikh tangkap pada 30 Julai 2013.

Hussain Ahmad, 76, maut manakala isterinya cedera parah selepas ditembak ketika mereka keluar dari kawasan Tokong Kuan Yin di Lorong Ceylon di Kuala Lumpur pada 29 Julai 2013. – BERNAMA

 

 

https://www.youtube.com/watch?v=7YUU_Et7VQ0

Tags: kes bunuhkes mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd