• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Punyai 9 Rekod Jenayah Lampau Cedera Ditembak

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang lelaki yang mempunyai sembilan rekod jenayah lampau, cedera di lengan kiri selepas ditembak berhampiran sebuah restoran di Jalan Persiaran Nagasari, Seksyen 36, Desa Latania di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, mangsa, M. Vickneswara Rao, 26, bersama dua lagi rakannya sedang berjalan menuju ke pikap jenis Toyota Hilux selepas selesai menjamu selera di restoran berdekatan, sebelum didatangi seorang lelaki bertopi keledar.

Shafien berkata suspek secara tiba-tiba melepaskan satu das tembakan mengenai lengan kiri mangsa ketika dia berada di bahagian pemandu kenderaan berkenaan.

“Suspek melarikan diri dengan sebuah kereta disyaki Proton Wira Aeroback sejurus melepaskan tembakan, manakala rakan mangsa bertindak menghubungi polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shafien berkata mangsa yang sudah berumah tangga dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang untuk rawatan.

Beliau berkata polis menemui satu kelongsong peluru jenis Luger AP 15.9mm berwarna perak di tempat kejadian dan motif kejadian masih disiasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh, katanya. – BERNAMA

 

Tags: kes tembakpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd