• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Myanmar Dipenjara 10 Bulan Kerana Cabul Ibu Anak Dua

oleh Ahmad Albab
24/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur warga Myanmar hari ini dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini bagi kesalahan mencabul seorang ibu dua anak, awal bulan ini.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin membuat keputusan itu selepas Nang Deih Piang, 22, mengaku bersalah terhadap pertuduhan memeluk dan memegang punggung pembantu akauntan sebuah syarikat swasta itu dengan maksud hendak mencabul kehormatannya.

Nang didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah pusat pakaian di Jalan San Peng, Dang Wangi, di sini pada pukul 9 malam, 9 Ogos lepas mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda, atau dengan sebat, atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 23 Ogos.

Mengikut fakta kes, mangsa yang berusia 24 tahun telah pergi ke pusat pakaian itu bersama-sama dua orang anaknya dan setelah selesai membeli-belah, wanita itu pergi ke keretanya yang diletak di hadapan pusat pakaian itu dan memasukkan barangan yang dibeli ke dalam kereta.

Tertuduh dengan tiba-tiba telah datang dan memeluk mangsa dari belakang. Mangsa kemudian menjerit meminta pertolongan sebelum orang awam datang membantunya.

Terdahulu, Nang hanya mendiamkan diri ketika diminta membuat rayuan, bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa memohon mahkamah menjatuhi hukuman berbentuk pengajaran. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=m-dpH15Wup8

Tags: kes cabulPenjara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aktiviti Penanaman Di C.Highlands Dikawal Rapi Elak Kejadian Tanah Runtuh

Next Post

Gambar: Kemeriahan Majlis Baby Shower Lisa Surihani

Related Posts

Makan Ubat Gugur Kandungan Cukup Sifat, Wanita Dipenjara Sembilan Bulan

Makan Ubat Gugur Kandungan Cukup Sifat, Wanita Dipenjara Sembilan Bulan

23/05/2025
0

Melaka: Pekerja kafe dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini kerana menyebabkan janin berusia lima bulan...

Seludup Migran: Hukuman Penjara 10 Tahun Terhadap 4 Warga Myanmar Kekal

Seludup Migran: Hukuman Penjara 10 Tahun Terhadap 4 Warga Myanmar Kekal

07/03/2025
1

Putrajaya: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap empat warga Myanmar kerana menyeludup 31 migran ke negara...

Next Post

Gambar: Kemeriahan Majlis Baby Shower Lisa Surihani

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd