• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aktiviti Penanaman Di C.Highlands Dikawal Rapi Elak Kejadian Tanah Runtuh

oleh Ahmad Albab
24/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kawal selia yang lebih teratur berhubung aktiviti penanaman di Cameron Highlands serta pengawasan oleh penguat kuasa seperti polis, tentera dan Rela diharap dapat mengelak berulangnya tragedi di kawasan tanah tinggi itu.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, jawatankuasa Jemaah Menteri mengenai Cameron Highlands telah membuat keputusan meminta kerajaan negeri Pahang menempatkan semula pengusaha-pengusaha ladang di tempat yang tertentu.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga diminta mengurangkan keluasan kawasan untuk bercucuk tanam serta kerja-kerja penanaman semula hutan dibuat di kawasan yang terjejas oleh kejadian tanah runtuh tahun lepas.

“Saya sudah dimaklumkan oleh Menteri Besar Pahang sendiri bahawa aktiviti bercucuk tanam di kawasan berkenaan dikawal selia dengan lebih terperinci dan saya penuh yakin tidak lagi berlaku kejadian seperti tahun lepas,” kata Wan Junaidi.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas mendengar taklimat ketua-ketua pengarah jabatan dan agensi di bawah kementerian beliau di sini hari ini.

Wan Junaidi menegaskan bahawa penguatkuasaan sangat penting bagi menangani masalah berkenaan supaya para pengusaha tidak lari daripada garis panduan yang diberi oleh kerajaan negeri.

Menurut Wan Junaidi, pemberian lesen pendudukan sementara (tol) untuk tapak bercucuk tanam di kawasan tanah tinggi adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Beliau menjelaskan bahawa punca kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands tahun lepas disebabkan tindakan tamak beberapa pengusaha yang menyalahgunakan tol yang diberi oleh kerajaan negeri kepada mereka dengan membuka kawasan ladang lebih luas daripada kawasan yang diperuntukkan.

Selain itu, katanya, pengusaha terbabit turut menggaji pendatang tanpa izin untuk membesarkan ladang masing-masing.

Sementara itu, Wan Junaidi berkata sebanyak 1,316 pulau, terumbu dan entiti-entiti luar pesisir di seluruh negara sudah dikenal pasti dan diberi nama tetapi belum dimasukkan ke dalam peta.

“Jumlah itu termasuk 857 pulau di seluruh negara,” katanya sebagai menjawab laporan sebuah akhbar nasional yang menyebut lebih 500 pulau di negara ini masih belum diberi nama.

Menurut Wan Junaidi kerajaan sedar perkara ini dan pada tahun 2002 jemaah menteri telah meluluskan sebuah jawatankuasa untuk melihat penamaan pulau, terumbu dan entiti lain di seluruh negara.

“Sebenarnya ini telah diambil tindakan oleh pihak kerajaan dan hanya tinggal 119 pulau dan entiti-entiti lain yang masih belum diberi nama termasuk 92 di Sarawak, 14 di Selangor, di Terengganu (sembilan) dan di Kedah (empat).

Wan Junaidi berkata mekanismenya ialah jawatankuasa penamaan pulau dibuat oleh kerajaan negeri untuk diserahkan kepada jawatankuasa di peringkat pusat bagi tujuan penyelarasan maklumat sebelum boleh diterima pakai dan dimasukkan ke dalam peta. – BERNAMA

Tags: Cameron Highlandstanah runtuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd