• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kubah Panas’ Landa Timur Tengah, Suhu Di Iran Lebih 70° Celcius

oleh AK-47
04/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GELOMBANG udara yang sangat panas kini melanda Timur Tengah di mana beberapa bahagian di Iran dilaporkan mencatat suhu mencecah lebih 70 darjah Celcius.

Ahli meteorologi di AccuWeather, Anthiny Saglia berkata, suhu di Bandar Mahshahr, Iran sekarang adalah yang terpanas dalam sejarah bandar tersebut.

Suhu di Mahsahr mencatat 72 darjah Celcius, hanya beberapa darjah lebih rendah berbanding rekod suhu terpanas pernah dicatat setakat ini iaitu 81 darjah Celcius di kota Dhahran, Arab Saudi pada 8 Julai 2003.

GettyImages-482332660_master

Negara jiran Iran, Iraq turut dilaporkan berada dalam keadaan panas dengan suhu mencapai 50 darjah Celcius. Keadaan panas yang kritikal ini membuatkan negara berkenaan hampir ‘lumpuh’ dengan cuti am negara berkenaan ditambah menjadi empat hari kerana cuaca dikhuatiri memudaratkan rakyat yang melakukan kegiatan luar.

Selain memberi cuti lebih panjang, rakyat Iraq dianjurkan pemerintah minum lebih banyak air dan mengelak berada di luar rumah bagi mengelak diserang strok haba.

iraq-weather-holidays

Apa yang menimpa Timur Tengah kini digelar ‘kubah panas’ iaitu fenomena di mana udara bertekanan tinggi melintasi kawasan tersebut.

Tambah memburukkan keadaan, ia turut memberi kesan pada bekalan elektrik dan air bersih.

Di Selatan Timur Tengah, rakyat di sana memasang pendingin hawa pada suhu paling rendah dan pantai dipenuhi pengunjung yang datang untuk berendam.

Bagaimanapun dalam keadaan ini, golongan berkemampuan dan kaya raya nyata jauh lebih beruntung berbanding rakyat marhen.

Raja Salman dari Arab Saudi misalnya, membawa seluruh keluarga baginda bercuti di vila mewah di Perancis, mengakibatkan beberapa ratus meter kawasan pantai di sana terpaksa ditutup. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=kQtkU9_UXGQ

Oleh: Rem Ramzi

Tags: IranIraq
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mat Sabu Wakili Malaysia ke Upacara Pengebumian Ali Khamenei Di Iran

Mat Sabu Wakili Malaysia ke Upacara Pengebumian Ali Khamenei Di Iran

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan mewakili Malaysia menghadiri upacara pengebumian bekas pemimpin...

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub SWITZERLAND – Rundingan damai berprofil tinggi antara JD Vance dan delegasi Iran dilaporkan bertukar tegang selepas wakil Tehran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd