• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kos Projek Rancangan Tebatan Banjir Kerian Meningkat

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kos bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di daerah Kerian meningkat RM50 juta lagi menjadikan jumlah keseluruhan projek itu RM390 juta, kata Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Beliau berkata sebelum ini kos keseluruhan projek sebanyak RM340 juta dan penambahan kos itu disebabkan keperluan pengambilan balik tanah di kawasan terlibat.

“Dengan pelaksanaan projek RTB Kerian, sehingga kini banjir akibat daripada limpahan air sungai akan dapat diatasi. Bagaimanapun limpahan air masih berlaku di kawasan rendah di mana kontrak (kerja) belum disiapkan.

Perkara ini akan dapat di atasi dengan penyiapan projek ini sepenuhnya pada akhir tahun ini,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini ketika menjawab soalan Mohd Zawawi Abu Hassan (PAS-Gunung Semanggol).

Beliau berkata projek RTB Kerian di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) adalah sebanyak 20 projek yang mana 15 projek telah siap mengikut tempoh kontrak manakala lima projek yang dilanjutkan tarikh penyiapannya dijangka siap sepenuhnya Disember ini.

“Antara sebab kelewatan (projek) adalah berkaitan dengan urusan pengambilan tanah, faktor cuaca dan masalah lain,” katanya.

Berhubung tindakan kerajaan negeri bagi menangani permasalahan banjir yang kerap berlaku dalam tempoh projek berjalan, Zainol Fadzi berkata Jabatan Parit dan Saliran (JPS) telah menyediakan pam bergerak untuk membantu mengalirkan air banjir ke sungai.

“Pam-pam ini akan di pasang di beberapa lokasi yang bersesuaian mengikut keperluan. Sebagai langkah jangka masa panjang, pihak JPS telah merancang untuk membina beberapa buah rumah pam berskala kecil yang akan dilaksana dalam masa terdekat.

Status terkini projek membina rumah-rumah pam adalah di peringkat tender yang mana lawatan tapak untuk pembida-pembida yang berminat telah diadakan pada 28 Julai 2015,” katanya.

Zainol Fadzi berkata JPS juga sentiasa membuat pemantauan dan penyelenggaraan terhadap semua parit dan saliran termasuk semua struktur kawalan banjir yang sedia ada bagi memastikan semuanya berfungsi dengan baik.

Kepada soalan tambahan Datuk Sham Sahat (BN-Alor Pongsu) berhubung banjir yang sering berlaku di Kampung Ban Pisang, Simpang Ampat Semanggol, Zainol Fadzi berkata kawasan terlibat sering mengalami banjir antaranya disebabkan hujan berlaku di kawasan tadahan sebelah hulu kolam Bukit Merah dan di Larut Matang, Selama.

“Apabila kawasan itu hujan ia akan pergi ke kawasan Bukit Merah dan (air) empangan terpaksa dilepaskan, oleh sebab itu banjir berlaku di kawasan tersebut (Kampung Ban Pisang),” katanya.

Beliau berkata apabila projek tersebut siap, pihaknya menjangkakan masalah banjir di Kampung Ban Pisang Pisang dapat diatasi dan kejadian sedemikian tidak berulang. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd