KUALA LUMPUR – Mereka yang mahu bikin negara huru-hara, polis pula mahu dipertanggungjawabkan!
Begitu sikap ketara yang awal-awal ditonjolkan penganjur perhimpunan besar-besaran bagi menentang kerajaan pada 29 Ogos ini.
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, jika ada sebarang perkara tidak diingini berlaku dalam perhimpunan itu maka polis perlu dipersalahkan.
“Suka kami ingatkan tugas menjaga keamanan dan mengawal keadaan adalah tugas polis.
“Sekiranya terjadi sebarang kejadian yang tidak diingini, pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri yang harus bertanggungjawab,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Perhimpunan itu bakal diadakan dengan kerjasama parti pembangkang DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagaimanapun PAS menolak penyertaan dalam program itu.
Perhimpunan itu dilihat ramai sebagai usaha terdesak pembangkang untuk menggulingkan kerajaan dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara melalui demonstrasi jalanan. – mynewshub.cc

