Sunday, March 3, 2024

Creating liberating content

“Cerita PBB Keluar BN...

SAH... Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, laporan mengenai Parti Pesaka Bumiputera...

Peserta Malaysia Ungguli Hafazan...

SEPANG - Dua peserta Malaysia berjaya mengharumkan nama negara apabila muncul johan dalam...

Puteri Baharu Britain Dinamakan...

LONDON - Putera William dan isteri, Kate Middleton hari ini menamakan bayi perempuan...

Enggan Ambil Penumpang Buta,...

SEORANG pemandu Uber dari London, Mohamed Mohamoud, 51, didenda sebanyak £1,550 (RM8,874.25) selepas...

Kadar Kemiskinan Sarawak Menurun – Ketua Perangkawan

KUCHING – Kadar kemiskinan di Sarawak menurun pada tahap 0.9 peratus tahun lepas berbanding 2.4 peratus pada 2012, kata Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Dr Abdul Rahman Hasan.

Beliau berkata pendapatan isi rumah bulanan di negeri ini telah meningkat sebanyak tujuh peratus iaitu daripada RM4,293 pada tahun 2012 kepada RM4,934 pada tahun 2014.

“Peningkatan ini turut dinikmati oleh golongan berumur bawah 40 tahun dengan pendapatan purata telah meningkat sebanyak 13.8 peratus iaitu daripada RM1,552 (2012) kepada RM2,044 (2014),” katanya ketika merasmikan Seminar Transformasi Statistik Bersama Komuniti anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia negeri Sarawak di sini Selasa.

Abdul Rahman berkata statistik juga menunjukkan kadar pengangguran di Sarawak menurun kepada 3.1 peratus pada tahun lepas berbanding 4.4 peratus pada tahun 2010.

Beliau berkata pada 40 tahun lalu, lebih daripada separuh penduduk di Sarawak berada dalam kemiskinan dengan kadar 56.5 peratus.


Sementara itu, beliau berkata statistik memainkan peranan penting untuk negara mencapai status negara maju kerana setiap dasar yang dibangunkan mestilah berasaskan statistik yang berkualiti, berintegriti dan tepat.

Mengenai banci penduduk, Abdul Rahman berkata jabatannya akan mengadakan banci penduduk Malaysia yang baharu pada tahun 2020.

Katanya Malaysia juga akan menganjurkan kongres statistik dunia yang berprestij iaitu ‘The 62nd World Statistics Congress of the International Statistical Institute (ISI WSC) di Kuala Lumpur pada tahun 2019. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori