• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JKNT Rampas Pelbagai Ubat Beracun Dan Kosmetik

oleh Ahmad Albab
03/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) merampas ubat tidak berdaftar dan dicemari racun berjadual serta produk kosmetik tidak bernotifikasi dalam 31 serbuan membabitkan rampasan bernilai hampir RM300,000.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mohammad Omar berkata rampasan itu yang melibatkan 668 jenis produk ubatan dan kosmetik direkodkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

“Serbuan dan rampasan paling banyak dilakukan di kedai kosmetik iaitu (18 buah), lima serbuan di kios dan masing-masing dua serbuan melibatkan penjualan dalam kenderaan, rumah kediaman, kedai runcit serta satu kedai ubat (bukan farmasi) dan satu serbuan di farmasi.

“Produk tradisional tidak berdaftar yang dirampas bernilai RM158,857 manakala produk yang dicemari racun (RM11,430); produk kosmetik tidak bernotifikasi (RM39,177); minuman, makanan dan bahan mentah yang dicemari racun (RM26,829) dan produk yang tidak berdaftar (RM50,187),” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri Persatuan Akademi Sepak Takraw Terengganu (Pasta) di sini hari ini.

Menurutnya serbuan dilakukan oleh Cawangan Penguat Kuasa Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi JKNT berdasarkan siasatan dan maklumat orang ramai yang dilakukan sepanjang masa.

Dr Mohammad berkata sehingga Jun lalu, sebanyak 16 kes didakwa di mahkamah dan kutipan denda sebanyak RM56,600 diperoleh atas pelbagai kesalahan yang dilakukan dari tahun 2013 hingga 2014.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 12 kes pendakwaan dilakukan pada tahun 2014 yang melibatkan rampasan pelbagai jenis ubat dan kosmetik beracun dengan nilai rampasan RM56,700.

“Empat kes yang didakwa adalah kesalahan dilakukan pada tahun 2013 melibatkan nilai rampasan RM6,174,” katanya.

Pendakwaan dilakukan mengikut Akta Racun 1952, Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (Ubat Tidak Berdaftar), Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 serta Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (Kosmetik Tidak Bernotifikasi). – BERNAMA

 

Tags: kesihatanubat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kesihatan Mursyidul Am PAS Beransur Pulih

Kesihatan Mursyidul Am PAS Beransur Pulih

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden memaklumkan kesihatan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin kini menunjukkan...

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat menyindir pihak yang mengkritik cadangannya sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd