• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Rosakkan Parti, Kembali Kepada UMNO

oleh Ahmad Albab
21/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggesa semua anggota UMNO yang tidak lagi memegang jawatan supaya kembali kepada parti dan bukannya merosakkannya.

Beliau berkata mereka perlu kembali kepada UMNO dan bersama-sama dengan yang lain untuk memperkuatkan parti.

Beliau berkata perlu ada kesalingan antara pemimpin atasan dan akar umbi demi memperkukuhkan semula parti, sekali gus memenangi hati rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata hubungan baik antara pemimpin dan ahli parti amat penting dalam menangani apa jua masalah kerana ia mustahil dapat diselesaikan tanpa kesalingan antara kedua-dua pihak.

“Jangan buat keputusan ketika sedang marah dan ketika kita sedih kerana semua keputusan itu tidak rasional. Ingat, kita tidak hebat kerana yang meletakkan kita hebat adalah UMNO,” katanya semasa merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Tinggi di Dewan Delfa Lok Heng Timur, di sini.

“Kita duduk sebagai TPM (Timbalan Perdana Menteri) dan MB (Menteri Besar) adalah kerana UMNO. Jadi, bila tiada jawatan, kenapa hendak cucuk, kita perlu terus kukuhkan UMNO,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Md Jais Sarday dan Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, Datuk Daing A. Malek Daing A. Rahaman.

Menurut Ahmad Zahid, semua pihak perlu sedar bahawa bukan UMNO sahaja yang menghadapi masalah tetapi juga pembangkang dalam parti masing-masing kerana masalah dalaman parti adalah putaran hayat dalam politik.

Beliau dalam pada itu, turut mengingatkan anggota parti supaya tidak termakan dengan cucukan dan fitnah pihak tertentu yang cuba memecah-belahkan parti menggunakan isu semasa seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya beliau menyokong gagasan UMNO Johor yang mahu siasatan mengenai 1MDB diteruskan sehingga selesai seperti mana yang dijanjikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahmad Zahid, yang sempat mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebelum menghadiri majlis perasmian mesyuarat itu, turut menyampaikan harapan Sultan Johor yang mahukan orang Melayu terus bersatu.

“Baginda pesan UMNO lahir di Istana Besar pada 11 Mei 1946. Baginda bukan orang politik dan tidak mahu campur tetapi harapan baginda orang Melayu bersatulah,” katanya sambil berkeyakinan hanya UMNO yang dapat menyatupadukan orang Melayu. – BERNAMA

Tags: UMNOZahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd