• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usah Mudah Percaya Isu Produk Halal Di Media Sosial

oleh Ahmad Albab
24/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jangan mudah percaya isu membabitkan produk halal tersebar di media sosial kerana ada isu lama yang telah selesai dibangkitkan semula, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata pengguna sebaliknya perlu terus membuat aduan kepada Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) jika terdapat sebarang keraguan mengenai status halal atau kebersihan sesuatu produk.

“Kita tak mahu maklumat ‘separuh masak’ yang kita tak tahu hujung pangkalnya, kerana hari ini apa yang berlegar di media sosial tidak semestinya betul, ada gambar yang berlaku 10 tahun dahulu masih berlegar hari ini.

“Sebab itu, kita mesti berhati-hati sebar maklumat yang akhirnya boleh menimbulkan keresahan masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Yakini Halal Malaysia dan Halal Fun Ride, di sini pada Sabtu.

Acara berbasikal itu yang dianjurkan bagi menyebarkan maklumat mengenai halal kepada orang ramai disertai lebih 3,500 peserta pelbagai peringkat umur dari dalam dan luar negara antaranya Thailand dan Filipina.

Asyraf Wajdi berkata penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak mencukupi, sebaliknya penglibatan anggota masyarakat turut diperlukan dalam memastikan isu berkaitan produk halal terus sampai kepada perhatian Jakim.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Hab Halal, Hakimah Mohd. Yusoff berkata pada tahun ini bahagian itu menerima lebih 100 aduan membabitkan pelbagai isu termasuk kebersihan produk.

“Biasanya kita akan menyiasat dalam tempoh 24 selepas aduan diterima atau paling lambat dalam tempoh dua hari selain membuat pemantauan berkala tanpa notis bagi memastikan pengeluar mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Tambahnya sebarang aduan berkaitan isu halal boleh disalurkan terus kepada Bahagian Hab Halal Jakim melalui talian 03-88925000 atau melalui laman web www.halal.gov.my. – BERNAMA

Tags: media sosialstatus halal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Johor Pandang Serius Hantaran Berunsur Fitnah, PDRM Buka Siasatan

Kerajaan Johor Pandang Serius Hantaran Berunsur Fitnah, PDRM Buka Siasatan

30/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor memandang serius satu hantaran media sosial yang didakwa mengandungi unsur hasutan, fitnah serta ajaran mengelirukan...

“Jual Jam, Porsche, Rumah…” Zamsaham Akui Jatuh Dalam Dunia Perniagaan

“Jual Jam, Porsche, Rumah…” Zamsaham Akui Jatuh Dalam Dunia Perniagaan

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham meluahkan perasaan mengenai kejatuhan perniagaannya yang turut memberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd