• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadi Model Seluar Dalam, Pelakon Baru Akui Kesilapan

oleh Ahmad Albab
23/08/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU-BARU ini, seorang pelakon baharu dalam industri seni tanah air, Nazrief Nazri mengejutkan ramai apabila beberapa keping fotonya yang tampil hanya berseluar dalam tersebar menerusi media sosial.

Ia bukan sahaja mengejutkan ramai peminat kerana ‘keberanian’ untuk tampil lebih daripada separuh bogel di khayalak, malah tidak kurang juga yang mengkritik atas tindakannya yang tidak sensitif malah berani memperjudikan masa depannya dalam bidang lakonan.

Nah, anda lihat sendiri foto-foto Nazrief dalam satu acara peragaan pakaian dalam.

124956p9dpk2issc79c9c2 171605jqzm3w1wm2wnh52m 171604t900jyiev77tilpk

Tak lama selepas ia menjadi isu panas, Nazrief tampil membuat penjelasan sendiri berhubung isu tersebut lantas mengakui kesilapannya.

Pemilik nama penuh Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 24, berkata, dia terpaksa melakukan peragaan tersebut kerana tidak mahu merosakkan majlis yang sedang berlangsung.

Namun, pertunjukkan tersebut bukanlah dibuat baru-baru ini tetapi tiga tahun lepas yakni sebelum dia terlibat dalam industri lakonan.

Bercakap kepada portal MStar, Nazrief berkata, “Sejujurnya, saya mengakui bahawa gambar tersebut adalah gambar saya sekitar tiga tahun lalu sebelum menceburkan diri dalam bidang seni.

“Saya menaiki bas dari Lumut ke Kuala Lumpur semata-mata untuk menerima tawaran itu dan setibanya di lokasi, saya sangat terkejut apabila pihak pengurusan acara mahu saya menggayakan koleksi pakaian dalam lelaki.

“Dalam waktu sama, saya tidak mahu merosakkan majlis itu dan bertekad ini adalah acara pertama dan terakhir yang saya lakukan.”

Tambah pelakon drama Suami Sebelah Rumah dan Cinta Ibadah itu, dia mengakui terlalu mentah ketika mempersetujui tawaran tersebut lantas tidak berfikir panjang kesannya pada masa depan.

“Saya akui ketika itu masih mentah dan tidak tahu selok belok dalam industri sehingga menuruti sahaja permintaan mereka biarpun berasa sangat tidak berpuas hati.

“Ia juga peringatan kepada bakat-bakat baru yang ingin menceburkan diri dalam bidang seni supaya meneliti sebarang tawaran di mana tidak bercanggah dengan sensitiviti orang Timur dan masyarakat di Malaysia serta agama Islam khususnya.”

Dalam pada itu, dia turut meminta agar peminat tidak menghukumnya atas isu tersebut dan memberi peluang supaya dia dapat membuktikan bakatnya sebagai aktor. – Agensi/ MYNEWSHUB.CC

Temu Bual HLive Bersama Nazrief Nazri

Tags: GAMBAR SENSASIGosip Artis Tempatanlucahpelakonselebritiseluar dalam
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

2 Guru Di Kedah Tular ‘Grooming’, Cakap Lucah Dengan Pelajar Dikeluarkan Dari Institusi KPM

2 Guru Di Kedah Tular ‘Grooming’, Cakap Lucah Dengan Pelajar Dikeluarkan Dari Institusi KPM

04/12/2025
0

ALOR SETAR: Dua guru di daerah ini yang didakwa terbabit salah laku seksual terhadap pelajar sudah dikeluarkan daripada institusi pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd