• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Low Yat 2 Diharap Tidak Jejas Hubungan Komponen BN

oleh Ahmad Albab
14/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ismail Sabri Yaakob berharap isu cadangan “Low Yat 2” tidak akan menjejaskan hubungan antara parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).

Katanya, ini kerana dalam keadaan politik sekarang yang mana parti sedang diasak pembangkang, kesemua komponen BN seharusnya bersatu dan menjadi lebih kuat.

“Jangan kerana isu remeh dan isu disalah erti, kita bertelagah sesama sendiri. Dari segi semangat parti kita tetap wujudkan kesatuan kita, dengan syarat jangan tindas orang lain,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Silaturrahim bersama Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung seluruh Kedah hari ini.

Baru-baru ini, Ismail mencadangkan supaya sebuah pusat sehenti produk telefon seakan-akan plaza Low Yat dibuka di bangunan MARA, khusus untuk peniaga Melayu dan Bumiputera.

Ismail juga berkata, pihaknya memutuskan untuk menganjurkan pertandingan mencipta nama bagi pusat jualan produk telefon dan aksesori sekan-akan Low Yat Plaza itu.

“Yang pasti, (namanya) bukan Low Yat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementeriannya akan melihat semula had umur Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang ketika ini ditetapkan pada 65 tahun.

Ia berikutan aduan terdapatnya Pengerusi JKKK yang masih berkeupayaan, popular dan masih diperlukan penduduk kampung namun terpaksa digugurkan secara automatik apabila berumur 65 tahun.

“Kalau ia (Pengerusi JKKK umur lebih 65) dapat permohonan dari penduduk kampung, dipersetujui ketua-ketua bahagian, dan rayuan dibuat kepada Menteri, mungkin kita boleh pertimbang dengan kebenaran khas Menteri,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata akan membawa perkara berkenaan semula ke kabinet untuk dibincangkan, memandangkan ketetapan had umur tersebut telah ditetapkan kabinet. – BERNAMA

 

Tags: Ismail Sabrilow yat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd