Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Rangka Nuri Tular Adalah...

KUALA LUMPUR - Gambar rangka Helikopter Nuri M23-15 milik Tentera Udara Diraja Malaysia...

Hampir 1,000 Sambut ‘Kepulangan’...

ALOR SETAR - Helikopter yang membawa jenazah anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd...

Nahas Helikopter: Pasukan SAR...

KUCHING - Mayat keempat nahas helikopter ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR)...

Ajinomoto Bangunkan Teknologi Sel...

BIASANYA, rata-rata daripada kita akan mengaitkan Ajinomoto sebagai syarikat pemakanan. Tak salah, tetapi ramai...

Imigresen Lanjut Operasi Pintu Sempadan Sarawak- Brunei

KUALA LUMPUR – Waktu operasi Jabatan Imigresen di semua pintu masuk sempadan Sarawak – Brunei akan dilanjutkan dari pukul 10 kepada 12 tengah malam.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, lanjutan waktu operasi di pintu masuk sempadan berkenaan berkuat kuasa pada 1 September 2015.

“Bagaimanapun waktu permulaan operasi kekal seperti itu bermula pukul 6 pagi. Pihak Brunei akan turut melaksanakan waktu operasi yang sama ,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mustafa berkata, pintu masuk sempadan terlibat adalah Sg.Tujuh (Miri), Tedungan (Limbang) Pandaruan (Limbang) dan Mengkalap (Lawas).,

Beliau menerangkan, langkah melanjutkan waktu operasi Jabatan Imigresen di pintu masuk sempadan Sarawak – Brunei magi memenuhi keperluan semasa.


Menurutnya, ia juga bertujuan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat negara ini.

“Kami berharap kemudahan ini akan memudahkan lagi perhubungan di antara kedua-dua negara.

“Ia juga dijangka akan meningkatkan lagi kerjasama sosio ekonomi rakyat sekitar sempadan Malaysia – Brunei,” katanya. – Mynewshub.com

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori