• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hikmah Bersedekah, Gadis Terima RM300 Dari Warga Emas

oleh AK-47
20/08/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

ORANG yang bersedekah tidak akan miskin.

Itulah pepatah yang sangat sinonim dengan pengalaman manis telah dilalui oleh seorang gadis ini.

Beberapa hari lalu, kisah seorang gadis yang dibalas dengan wang sebanyak RM300 kerana bersedekah kepada seorang warga emas telah mendapat perhatian netizen dan menjadi perbualan pengguna di laman sosial.

Ezzaty Amin telah berkongsikan kisahnya yang diberi RM300 kerana menolong membeli tiket kereta api untuk seorang warga emas menerusi laman Facebooknya.

Menurut Ezzaty, dia telah bertemu dengan seorang lelaki yang dipanggil ‘pak cik’ ketika di steseen kereta api di Batu Caves ketika ingin membuat perjalanan ke Shah Alam.

Ezzaty yang berjumpa dengan pak cik yang berusia 68 tahun itu ketika sedang beratur untuk membeli tiket telah belanja warga emas itu selepas mendapati destinasi perjalanan mereka adalah sama.

“Saya beli satu tiket dewasa dan satu tiket warga emas.

“Dia terkejut dan saya pun kata, tak apa pak cik, saya belanja,” tulis Ezzaty

“Sepanjang perjalanan, kami berbual dan pak cik tersebut kemudian memberi kad bisnes beliau kepada saya. Saya tak beri perhatian sangat dan terus menyimpan dalam dompet.

WM

“Kami berbual mengenai keluarga, pekerjaan. Pak cik beritahu dia mualaf dari Sabah dan minta saya tasmi’ (mendengar) bacaannya, Surah Luqman ayat 1 hingga 5,” cerita gadis tersebut.

Sebelum tiba di destinasi yang mereka tuju, pak cik tersebut telah meminta kebenaran untuk melihat buku Langit Ilahi karya Hilal Asyraf yang dipegang oleh Ezzaty.

“Setelah kami sampai ke destinasi kami, pak cik itu berkata: “Jadilah orang baik, ikhlas. Pak cik doakan kamu di Makkah”. Dia akan (pergi) menunaikan Haji, Ahad ini,” tambahnya.

Walaubagaimanapun, Ezzaty hanya menyedari kewujudan wang tunai sebanyak RM300 itu selepas dia sampai di rumahnya.

WM300

“Apabila saya tiba di rumah, saya lihat RM300 dalam buku saya, dan saya kemudian lihat kad bisnesnya, rupa-rupanya, beliau adalah seorang kapten dan pengarah projek sebuah syarikat kejuruteraan marin dan dredging.

“Mungkin pak cik itu bayar RM2 dengan RM300,” ujarnya.

Kesimpulannya, jika kita berniat baik terhadap seseorang maka balasannya juga pasti akan positif. Biarpun bersedekah dengan nilai yang kecil tetapi niatnya ikhlas dan murni pasti ia diberkati. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=1fC6RP6tZ1Q

Tags: facebookkereta apikisah virallaman sosialviral
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Waspada Akaun Palsu Tokmat Hasan

Waspada Akaun Palsu Tokmat Hasan

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan kewujudan akaun palsu menggunakan nama Tokmat Hasan. Beliau yang juga...

Akaun Facebook ‘Dr Maza Channel’ Kena Sekat?

Akaun Facebook ‘Dr Maza Channel’ Kena Sekat?

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Facebook Dr Maza Channel yang dikaitkan dengan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd