Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

15 Maut Lelaki Serang...

TOKYO - Kira-kira 15 orang terbunuh manakala 45 lagi cedera selepas seorang lelaki...

“Siapa Syed Saddiq Nak...

GEORGE TOWN - P Ramasamy DAP hari ini membidas Ketua Pemuda PPBM, Syed...

Kereta Terbang Pertama Malaysia...

KUALA LUMPUR - Kerja membina kereta terbang pertama Malaysia sudah 85 peratus siap,...

Kaunter 1Pesara JPA Di...

KUALA LUMPUR - Pesara dan bakal pesara sektor awam di sekitar Lembah Klang...

Guna Merpati Seludup Dadah Masuk Ke Penjara

SAN JOSE – Penjenayah di Costa Rica, sebuah negara ini di rantau Amerika Tengah; ternyata kreatif apabila menggunakan pelbagai taktik dan helah untuk menyeludup dadah masuk ke penjara.

Baru-baru ini, pihak berkuasa di ibu negaranya berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah ke penjara La Reforma di sini dengan menggunakan kaedah popular zaman purba iaitu burung merpati.

Taktik inovatif itu terbongkar pada Selasa lalu apabila pengawal penjara melihat seekor burung merpati yang membawa sebuah beg kecil terbang masuk ke kawasan kompleks penjara berkenaan.

Beberapa pengawal penjara kemudian berjaya menangkap burung merpati berkenaan dan mereka amat terkejut apabila mendapati beg kecil yang diikat pada haiwan itu rupa-rupanya mengandungi dadah.

Pengarah penjara La Reforma, Paul Bertozzi berkata, ujian lanjut mendapati burung comel itu mampu membawa 14 gram dadah jenis kokain dan 14 gram dadah jenis ganja.

“Kami percaya burung merpati itu dilatih oleh seseorang untuk seludup dadah ke dalam penjara ini. Buat masa ini kami menyiasat siapa dalang yang latih burung merpati itu untuk menyeludup dadah,” katanya.


Menurut Bertozzi, burung merpati itu dikurung kuarantin selama 40 hari bagi mengelakkan haiwan berkenaan kembali semula kepada suspek yang melatihnya.

Sebelum ini kucing dan iguana pernah digunakan untuk menyeludup masuk dadah ke dalam penjara tersebut. – Agensi/myMetro Online

 

https://www.youtube.com/watch?v=MnSzQvKb9h4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori