• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST Bantu Negara Ketika Harga Minyak Jatuh, Kata Najib

oleh Ahmad Albab
25/08/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Hasil daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) membantu kewangan negara ketika Malaysia berhadapan dengan kejatuhan harga minyak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Mujur kita ada GST, kalau tak ada GST, memanglah tertekan kewangan kita. Tertekan sebab bila harga minyak merudum, bermakna dividen Petronas berkurangan, royalti berkurangan. Daripada mana kita nak tampung banyak belanja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian berkelompok persidangan perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau di Dewan Wawasan 2020, di sini, hari ini.

Najib berkata pelaksanaan GST bukan untuk menyusahkan rakyat dan beliau berpegang kepada prinsip ‘daripada rakyat kita akan kembalikan kepada rakyat’.

“Saya telah berjanji kepada rakyat bahawa (hasil) tambahan daripada GST ini kita akan paparkan dalam bajet akan datang ke arah mana kita belanjakan duit tambahan itu,” katanya.

Najib menjelaskan masalah berhubung GST timbul apabila ada peniaga yang tidak jujur dan memanipulasi keadaan.

“Seperti Shahidan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim) sebut dia (peniaga) tambah GST tetapi SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) dia tak mansuh,” katanya sambil menjelaskan GST kini dilaksanakan di 160 buah negara.

Sehubungan itu, Najib meminta orang ramai memilih peniaga yang jujur dan tidak mengambil kesempatan.

“Kita pilihlah tempat dan peniaga yang menjual barang dengan harga yang berpatutan,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: GSTNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd