• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gerakan Guling Kerajaan: Siasat Dan Ambil Tindakan Anggota Parti

oleh Ahmad Albab
21/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Siasat dan ambil tindakan terhadap anggota parti yang didakwa terlibat dalam gerakan untuk mengguling kerajaan, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata pihak berkuasa perlu menyiasat dengan lebih mendalam untuk mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan itu.

“Sekiranya terbukti ada mana-mana anggota parti yang terlibat dan ia bercanggah dengan undang-undang, maka ia boleh diambil tindakan kerana kita perlu faham dengan sistem demokrasi serta ada peraturan tertentu yang perlu dipatuhi,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Pulau Larapan, dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam, mengenai gerakan menggulingkan kerajaan yang didalangi pembangkang serta pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Sementara itu, mengulas mengenai lawatan kerjanya itu, Mohd Shafie yang juga Anggota Parlimen Semporna berkata ia bertujuan memastikan agar kemudahan asas di kawasan kampung berkenaan disediakan sebaik mungkin.

“Kita telah melawat beberapa kemudahan asas di kawasan ini (Kampung PulauLarapan) dan ada beberapa perkara yang perlu dilakukan dalam usaha memastikan kemudahan asas itu sentiasa berada dalam keadaan baik.

“Kita mencadangkan pihak yang berkaitan seperti Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) atau agensi lain dapat memberi latihan kepada golongan belia di kampung berkenaan agar mereka dapat memantau atau menyelesaikan sebarang masalah terhadap kemudahan asas seperti masalah bekalan elektrik atau sistem solar,” katanya.

Mohd Shafie berkata memperkasakan belia kampung dengan sebarang kemahiran adalah sangat penting, supaya mereka dapat menyelasaikan masalah kecil di kawasan masing-masing tanpa bergantung kepada bantuan daripada pihak berkenaan yang lazimnya memakan masa. – BERNAMA

https://youtu.be/syuWh496UR4

Tags: Shafie Apdal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

14/01/2023
0

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis lalu apabila ia...

Antara Dosa, Pahala Dan Jajaran

09/06/2022
0

Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tetap mempertahankan pendedahannya mengenai Tan Sri Dato' Hj Mahiaddin Bin Hj....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd