Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Musa Aman Angkat Sumpah...

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dijangka mengangkat...

Keputusan Inkues Muhammad Adib...

KUALA LUMPUR - Esok sudah pasti menjadi detik paling mendebarkan malah dinanti-nantikan terutamanya...

Cristiano Ronaldo Raih Anugerah...

ZURICH - Cristiano Ronaldo dipilih sebagai pemenang Anugerah Ballon d'Or FIFA selepas prestasi...

6,000 Polis Bantu Perjalanan...

KUANTAN - Sejumlah 6,000 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pahang berada...

Gambar Beruk Cedera Akibat Mercun Cetus Kemarahan

PETALING JAYA – Seorang pencinta haiwan menggunakan Internet sebagai medium untuk meluahkan rasa marah apabila gambar seekor beruk cedera di bahagian tangan akibat terkena mercun menjadi viral.

Dalam gambar yang dimuat naik Shah Mikail di laman Facebook pada Jumaat yang dikongsi sebanyak 23,609 kali dan mendapat 32,063 likes, jelas menunjukkan kecederaan tangan yang dialami haiwan tersebut.

Dalam posting tersebut, Shah memberitahu bahawa haiwan tersebut cuba mengambil mercun yang disangka sebagai makanan sebelum ia meletup.

“Bagaimana haiwan itu mahu mencari makanan, memanjat pokok?,” tulisnya.

Dalam perkembangan terbaharu mengenai keadaan haiwan itu, Shah berkata beruk tersebut sudah mati.

Blog Siakapkeli melaporkan haiwan tersebut dilanggar kereta sejurus selepas insiden letupan mercun itu.
Haiwan tersebut dibawa ke klinik haiwan tetapi disahkan mati akibat kecederaan dalaman.

Walaupun blog tersebut melaporkan kejadian berlaku di Taman TAR, Ampang, masih belum dapat dipastikan tarikh dan lokasi gambar Facebook itu diambil atau sama ada ia gambar palsu.

Salah seorang pengguna Facebook, Adibah Najib yang menyatakan rasa kecewa terhadap gambar tersebut bertanya: “Dimanakah kejadian ini? Bolehkan seseorang melakukan sesuatu?.


Ketua Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Andrew Sebastian berkata tanpa mengira sama ada kejadian itu benar-benar berlaku, mesej tersebut amat jelas.

“Walaupun insiden ini tidak dapat disahkan, orang ramai perlu tahu bahawa mencederakan hidupan liar adalah menyalahi undang-undang dan tindakan tidak berperikemanusiaan,” katanya.

Bekas Presiden dan Pengasas Persatuan Kebajikan Dan Penyelamat Haiwan Teraniaya Malaysia, Vidhya Pulainthiran menyifatkan reaksi orang ramai sebagai menggembirakan.

“Reaksi tersebut menunjukkan rakyat Malaysia mempunyai sikap prihatin dan mereka akhirnya bersuara dan mengambil tindakan. Ia tidak seperti tahun-tahun yang lalu. Orang ramai tidak begitu ambil tahu mengenai hak asasi haiwan,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai bukti mengenai insiden tersebut supaya tampil agar tindakan boleh diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab. – mStar Online

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori