Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

TMJ Nafi Kata JDT...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor yang juga pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim...

Guntur Kamparputra: Dikenali Kerana...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles BEKAS komando berbadan kecil ini pernah didakwa memiliki ilmu...

Pemilihan FAM: Bakal Presiden...

UNDIAN popular yang dijalankan Berita Harian Online menyenaraikan tiga tokoh nasional sebagai calon...

Ingatkan Mayat, Rupanya Orang...

PENDUDUK di Desa Manguranranan Kabupaten Kebumen Jawa Tengah, Indonesia, baru-baru ini digemparkan dengan penemuan satu 'mayat'...

Doktor Sempat Bergambar Ketika Sedang ‘Seluk’ Alat Sulit Pesakit

TAK tahu apa yang terlintas di fikiran seorang doktor apabila dia tergamak bergambar ketika sedang melakukan tugas profesionalnya merawat seorang pesakit.

Lebih memalukan, foto berkenaan yang kini tersebar di media sosial menunjukkan tangan doktor itu sedang berada di dalam alat sulit pesakitnya!

Insiden tersebut dikatakan berlaku di sebuah hospital kerajaan di Johor Bahru.

Gambar viral itu kemudiannya menerima kritikan dari netizen yang menghentam doktor terbabit kerana dia ketika itu sedang menjalankan tugasnya, malah lebih teruk lagi momen tersebut pastinya akan mengaibkan si pesakit.

Berdasarkan informasi, seorang wanita yang menggelarkan dirinya Kak Long telah memuat naik foto tersebut sambil menghentam doktor terbabit kerana melakukan perbuatan tak sepatutnya itu.

11953173_532848843539582_8080506631934371690_n

Tulisnya di laman Facebook, “I am appalled by the level of stupidity and arrogance of your junior doctor in one of the government hospital in Johor Bahru. This picture was shown to me by one of my friend, apparently this mother is having some sort of obstetrics emergency, and instead of taking the matter seriously, they opted to take photo.

“This kind of behaviour and inconsiderate action has deeply offended me and the people that I have shown the picture to. The most ridiculous part is, the whole private area is involved in the picture. I honestly don’t see any sense of victorious contrary to her hand sign

“Please take this thing seriously and render the necessary punishments towards them, and salvage the already failing level of quality in the Malaysian doctors. I am sincerely considering of forwarding this picture to the main social media / major newspaper channels. I am quite sure they will be very much interested in investigating into the whole issue.”

Pastinya, apa yang diluahkan si pengadu memang ada kebenaran. Pertama, tindakan doktor itu bergambar jelas sekali menunjukkan dia telah mengambil ringan tugasnya untuk merawat pesakit.


Kedua, gambar berkenaan langsung tidak menjaga maruah si pesakit kerana ia memaparkan secara total bahagian kemaluan ketika sedang dirawat.

Apa-apapun, bila difikirkan balik, tindakan pengguna Facebook itu juga sebenarnya salah kerana bertindak menyebarkan gambar berkenaan.

Walaupun niatnya mungkin baik, tapi rasanya saluran media sosial bukanlah jalan yang sesuai. Kalau betul-betul nak bantu, kan lebih molek sekiranya diadukan terus ke Kementerian Kesihatan mahupun badan yang bertanggungjawab. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

 10 Momen Memalukan Dunia Artis Antarabangsa

https://www.youtube.com/watch?v=n0OsRGBUesw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori