• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuma Sebiji Strawberi, Pelanggan ‘Makan’ Maki Peniaga Cameron

oleh Ahmad Albab
24/08/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA sangka, hanya kerana sebiji strawberi, seorang lelaki dan ibunya terpaksa berhadapan detik memalukan apabila dia dimaki oleh peniaga di sebuah pasar malam di Cameron Highlands.

Menurut cerita mangsa di laman Facebook peribadinya, Abd. Halim, insiden itu mula tercetus setelah ibunya bertindak merasa sebiji buah strawberi di sebuah gerai di situ sebelum membeli.

Namun, kejadian menjadi parah apabila peniaga wanita di situ mengeluarkan kata-kata kesat dalam bahasa Cina, kononnya untuk mengelakkan daripada disedari pelanggan tersebut.

Rupa-rupanya, si anak itu memang mampu bertutur dalam dialek yang digunakan oleh peniaga terbabit, lantas mengetahui apa yang dicakap peniaga tersebut kepada mereka.

Nah, anda baca sendiri kisah yang dicoretkan oleh Abd. Halim berkenaan situasi tersebut.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1679630485592070&id=100006354046300

Selepas bertindak membayar RM2, lelaki tersebut turut mengingatkan si peniaga itu untuk tidak memakinya kerana dia faham yang diperkatakan wanita berkenaan.

Lantas insiden tersebut makin berlarutan apabila dia dimaki pula oleh seorang peniaga lelaki di situ seolah-olah dia dan ibunya telah melakukan kesalahan mencuri buah strawberi di kedai itu.

11728931_1679630432258742_7056081120488562311_o

Melalui ruangan komen, ada pengguna memberikan alternatif untuk berkunjung ke Taman Setia sekiranya ingin membeli strawberi.

Malah, menurut individu bernama Nazuan Naz, dia menasihati pengunjung agar berhati-hati di pasar malam Brinchang kerana peniaga di situ didakwanya kurang ajar dengan pelanggan.

Apa-apapun, sikap yang ditunjukkan peniaga tersebut patut dikritik kerana tindakan tersebut sememangnya biadab, tambahan lagi hanya kerana sebiji strawberi.

Tapi apa yang paling penting, segala isu yang muncul kemudian tidak harus dijadikan subjek untuk menyerang mana-mana kaum.

Ini kerana, yang menjadi punca kepada isu tersebut bukanlah latar kaumnya tetapi sikap diri individu itu sendiri. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Keindahan Cameron Highlands

Tags: Cameron HighlandsGaduhpelangganpeniagaperkaumanstrawberi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

13 Kanak-Kanak Ditahan, Gaduh Depan Sekolah Cetus Kebimbangan

13 Kanak-Kanak Ditahan, Gaduh Depan Sekolah Cetus Kebimbangan

11/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Tindakan sekumpulan individu bergaduh di hadapan sebuah sekolah di Bandar Selesa Jaya, Skudai, akhirnya membawa padah apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd