• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penzina Cencang 6 Anak, Isteri, Ibu Di Rusia

oleh Ahmad Albab
11/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Moscow – Seorang lelaki ditahan polis Russia kerana membunuh dan mencencang enam anak, isterinya yang hamil dan ibu kandungnya.

Oleg Belov, 51, dilaporkan cedera ditembak selepas melawan ketika ditahan. Menurut pegawai kesihatan, keadaannya stabil.

Jawatankuasa Siasatan Persekutuan berkata, suspek ditahan di rumah ibu mentuanya Valentina Zaitseva, 69, dan dipercayai merancang membunuh wanita itu.

Mayat enam anak Belov yang dicencang menggunakan kapak ditemui selepas mereka gagal hadir ke tadika di kediaman mereka di Nizhny Novgorod di timur Moscow.

Kanak-kanak itu dikenal pasti sebagai Alyona, 7, Fyodor, 6, Sonya, 5, Nikifor, 3, Ilya, 2, dan Daria, setahun.

Ibu mereka Zinaida ialah pensyarah matematik di sebuah universiti tempatan.

Guru tadika dan Valentina menghubungi polis selepas kanak-kanak berkenaan tidak menghadiri kelas sejak 25 Julai lalu.

Semua mayat dicencang menggunakan kapak dan disumbat dalam beg plastik.

Turut ditemui di lokasi berasingan, sisa mayat seorang wanita dipercayai ibu Belov.

Menurut penduduk tempatan, Belov disingkirkan daripada kumpulan Seventh Day Adventists selepas dituduh berzina, lapor laman berita Russia LifeNews.

Ketua Jawatankuasa Parlimen Russia mengenai kanak-kanak, Pavel Astakhov berkata, Zinaida bercadang menggugurkan hak penjagaan Belov terhadap anak mereka. – Agensi/myMetro Online

 

 

Tags: kes bunuhRusia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd