• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Diesel Bot C2 Dikecualikan GST Dipertimbang

oleh Ahmad Albab
25/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya harga minyak diesel bagi bot yang beroperasi di laut dalam diberi pengecualian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dibawa ke Kabinet, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

“Ini isu besar…saya akan bawa perkara ini ke Kabinet. Tetapi saya tak boleh janji kerana ini bergantung kepada keputusan Kabinet,” katanya.

Beliau berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-30 Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) di sini malam tadi.

Pengecualian GST itu dibangkitkan Pengerusi Nekmat Datuk Mohamad Dolmat dalam ucapan aluannya.

Beliau antara lain menjelaskan harga diesel bagi bot C2 tidak bersubsidi, namun harganya diikat pada satu kadar yang ditetapkan kerajaan.

“Dengan suasana harga minyak di pasaran ketika ini agak rendah, maka harga yang dibekalkan oleh Persatuan Nelayan kepada bot-bot C2 adalah lebih tinggi berbanding harga pasaran ditambah pula GST,” kata Mohamad.

Selain pengecualian GST, pihak persatuan mahu jika harga minyak naik, harga siling perlu ditetapkan.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata pihaknya akan terus berunding dengan negara-negara jiran berhubung isu nelayan menangkap ikan melepasi sempadan maritim. – BERNAMA

Tags: GST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd