• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Britain Mahu Bawa Pelabur Ke Selangor – Azmin

oleh Ahmad Albab
08/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Britain menyatakan kesediaan membawa lebih ramai pelabur ke Selangor dalam usaha meningkat ekonomi di negeri itu, kata Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Britain David Cameron dalam pertemuan dengannya hujung bulan lepas ketika Cameron melakukan lawatan kerja ke Malaysia.

“Selangor memberi jaminan bahawa politik kita stabil, infrastruktur kita baik dan sempurna dan kita mempunyai struktur tenaga mahir yang mampu memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi pada hari ini,” katanya selepas menghadiri jamuan hari raya Aidilfitri di Taman Ekstrem Park, Kampung Melayu Wira Damai, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Azmin berkata, Selangor kini merekodkan rizab kewangan tertinggi iaitu sebanyak RM3.6 bilion.

Katanya hasil yang dikumpul itu akan digunakan untuk projek pembangunan di negeri Selangor termasuk pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik untuk rakyat dalam tempoh tiga tahun. – BERNAMA

Tags: Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd