• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berkat Doa Ibu, Shamsul Ghau Ghau Berubah Ke Arah Lebih Baik

oleh Ahmad Albab
23/08/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BETULLAH kata pepatah, syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu. Maka, setiap doa yang dititipkan seorang wanita bergelar ibu amat besar nilainya dan bakal menjadi pencorak kehidupan zuriatnya.

Itulah yang berlaku terhadap satu nama besar dalam industri lawak tempatan suatu ketika dahulu terhadap pemilik nama penuh Shamsul Azahar Aliddin atau lebih dikenali sebagai Shamsul Ghau Ghau.

Mula mencipta nama dalam program Sinaran Pasport Kegemilangan di TV3 sebelum menyertai kumpulan Senario, sememangnya dikenali sebagai antara artis komedi yang masih bertahan sehingga kini.

Namun sejak akhir-akhir ini, kelibat Shamsul makin jarang kelihatan menerusi kaca televisyen mahupun layar perak dan kehilangan tersebut turut dirasai peminat-peminatnya.

_Dh2SwGD

Siapa sangka, beliau kini rupa-rupanya sedang mendalami ilmu agama lantas memperlahankan karier seninya.

Menerusi status di laman Facebook Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani, beliau menceritakan tentang pertemuannya dengan Shamsul selepas selesai memberikan kuliah di Puchong, Selangor baru-baru ini.

https://www.facebook.com/UstazAhmadDusuki/photos/a.508720375841542.1073741826.185487041498212/932969016750007/?type=1

Menurut cerita Shamsul yang menjaga sendiri ibunya, perubahan yang dinikmati beliau kini merupakan hasil doa ibunya.

“…beliau datang dan berada di saf hadapan bersama para jemaah, penuh adab dan berakhlak menyapa dan berbicara bersama saya, jauh datang semata-mata untuk mendengar kuliah, saya bertanya kepadanya…sepatah yang dijawabnya ‘Doa ibu ustaz!'”.

Status tersebut kemudiannya menerima reaksi positif dari ramai peminat yang gembira melihat inisiatif Shamsul yang sedang mencari keredaan Allah S.W.T.

Tak kurang juga, ada netizen yang berkongsi cerita tentang pelakon filem Lang Buana berkenaan. Tulis pemilik akaun Iskandar Apni, “Menurut seorang sahabat…saudara Shamsul Ghau Ghau akan baca Al-Quran sebelum dan selepas shooting dan kerap membaca Al-Quran.”

Pemilik akaun Jebat Derhaka turut berkongsi pengalamannya melihat sendiri Shamsul bersalaman dengan ibunya sebanyak tiga kali dalam tempoh setengah jam.

shamsul 3

Ya, hidayah itu sememangnya milik Allah S.W.T dan doa ibu itu menjadi penghubung. Tahniah kepada Shamsul Ghau Ghau kerana memilih kehidupan yang lebih sempurna.

Semoga kisah beliau menjadi pedoman dan iktibar kepada pembaca untuk sentiasa mendahulukan ibu dan bapa dalam apa jua yang dilakukan. Ingat, tiada keredaan Allah seandainya tiada keredaan ibu bapa. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Shamsul Ghau Ghau Bberduet Dengan Siti Nurhaliza – Kuch Kuch Hota Hai

https://www.youtube.com/watch?v=s8xgDIBKfE8

Tags: artis berhijrahpelakonpelawakselebritiShamsul Ghau Ghau
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd