• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berjaya Lancar Projek Pembiakan Batu Karang Di Pulau Tioman

oleh Ahmad Albab
09/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIOMAN – Berjaya Corporation Group of Companies (Kumpulan Berjaya) hari ini melancarkan projek pembiakan batu karang yang meliputi kawasan daripada Berjaya Tioman Resort Dive Centre hingga Pulau Renggis di sini.

Projek bernilai RM200,000 itu yang digelar ‘Shelter In The Sea For Marine Life’ melibatkan peletakan 67 unit paip konkrit di dasar laut bagi mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pembiakan batu karang.

Pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan berkata kumpulan itu komited dalam menjaga alam semulajadi dan melindungi ekosistem marin.

“Pulau Tioman adalah antara pulau tercantik di Malaysia dan kita prihatin mengenai kepentingan dalam memulihara batu karang di sekitar pulau ini.

“Projek shelter ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kita dalam memulihara hidupan marin,” katanya.

Tan berkata kumpulan tersebut sebelum ini bekerjasama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia mengenai ‘Project Restore Our Awesome Reeds (ROAR) dan Project Revisiting Our Original Trees (ROOTS) di Pulau Tioman.

Beliau berkata projek berkenaan dilaksanakan sejajar dengan usaha kerajaan dan badan bukan kerajaan untuk melindungi dan menyokong pembiakan batu karang di negara ini.

Di bawah projek perlindugan itu, paip-paip konkrit akan disusun bagi mengurangkan pergerakan arus laut dan permukaan air yang deras bagi membentuk habitat batu karang dan ikan yang sesuai, katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd