• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Timbalan Pengarah SB Akan Diberi Surat Tunjuk Sebab – KPN

oleh AK-47
29/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN - Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Datuk Abdul Hamid Bador akan diberikan surat tunjuk sebab untuk memberi penjelasan berhubung tindakannya mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung pertukarannya baru-baru ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata sebagai pegawai polis, Abdul Hamid terikat dengan peraturan pasukan dan tidak boleh sembarangan mengeluarkan kenyataan kepada media.

Katanya surat tunjuk sebab itu bagi memberi peluang kepadanya untuk memberi penjelasan sebelum sebarang tindakan disiplin dan tatatertib dikenakan
terhadapnya.

“Saya telah temui dan berbincang dengan beliau panjang lebar, tetapi saya tidak mahu ulas lanjut apa yang kami bincang. Saya percaya beliau bertindak demikian kerana rasa kecewa.

“Dalam pertemuan itu, saya juga telah mengingatkan yang beliau telah melanggar peraturan polis, kerana polis ada peraturan (mengenai), siapa yang boleh bercakap dengan media.

Jadi kita terpaksa ambil tindakan disiplin dan tatatertib,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Istiadat Pengurniaan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji
Ahmad Shah di sini hari.

Majlis pengurniaan pingat kepada 234 pesara polis yang pernah berkhidmat pada zaman darurat itu disempurnakan oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Menteri Dalam
Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Abdul Hamid yang membuat kenyataan media baru-baru ini tentang beberapa perkara termasuk soal pertukarannya ke Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu, beliau menafikan dakwaan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kononnya ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang sering campur tangan dalam urusan pentadbiran pasukan polis.

“Saya sebagai Ketua Polis Negara, mentadbir pasukan polis. Tidak ada tangan yang beri arahan kepada pasukan saya, sebarang arahan adalah saya sendiri keluarkan.

“Kami melaksanakan polisi yang telah dibentuk oleh kerajaan tetapi sebarang pelaksanaan polisi ini adalah tanggungjawab saya sebagai ketua untuk arahkan anak buah untuk ikut peraturan,” katanya.
-BERNAMA

Tags: Musa Hassanpolistimbalan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd