• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BAM Boleh Bantu Zulfadli Jadi Jaguh Badminton Negara

oleh Ahmad Albab
18/08/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei mahu bekas juara remaja dunia, Zulfadli Zulkiffli menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) seandainya ingin menyerlahkan kemampuan sebenarnya.

Bagi Chong Wei, Zulfadli perlu lebih matang menentukan masa depan sendiri sekiranya menyimpan impian memenangi pingat di Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik.

Menurutnya karier Zulfadli akan lebih terurus jika berlatih bersama pemain kebangsaan dalam BAM daripada bergerak sebagai pemain bebas.

Chong Wei berkata Zulfadli perlu membandingkan dirinya dengan pemain Jepun, Kento Momota, 20, yang kini berada dalam kelompok 10 terbaik dunia, berbanding 38 yang diduduki juara remaja dunia 2011 itu.

“Zulfadli baru berusia 22 tahun dan perjalanannya masih jauh. Dia tidak boleh terbawa-bawa dengan pencapaian empat tahun lepas menjuarai Kejohanan Remaja Dunia. Kejayaan itu sudah lepas…dia perlu fikir ke depan.

“Saranan Menteri (Khairy Jamaluddin) mahu Zulfadli sertai BAM adalah tepat,” katanya kepada pemberita selepas tiba dari Jakarta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Bagaimanapun, Chong Wei berkata semua keputusan tetap terpulang kepada kemahuan dan keazaman Zulfadli dalam sukan itu.

“Ramai cakap selepas saya ialah Zulfadli. Tetapi terpulang kepada kemahuannya sendiri, jika masih berlatih sendiri tahap prestasinya sama sahaja.

“Jika sertai BAM, prestasinya akan lebih baik kerana persatuan menyediakan sistem kejurulatihan yang sistematik dengan kemudahan yang lengkap untuk membantunya,” kata Chong Wei.

Zulfadli sebelum ini mempamerkan prestasi memberangsangkan apabila berjaya mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia di Jakarta minggu lepas.

Bagi Chong Wei pula, dia sekali lagi kempunan gelaran utama apabila tewas kepada pemain nombor satu dunia, Chen Long dari China di final dengan 14 21, 17-21.

Chong Wei mengakui selain ketangkasan Chen Long, dia juga tidak boleh memandang rendah kemampuan pemain muda lain seperti Momota, pemain nombor dua dan tiga dunia, Jan O Jorgensen dari Denmark dan pemain India, K. Srikanth.

“Saya gagal lagi (di Kejohanan Dunia) tetapi saya tidak akan putus asa untuk negara saya. Tumpuan saya adalah mendapatkan tiket ke Sukan Olimpik Rio De Janeiro dahulu,” katanya.

Bagi acara perseorangan Sukan Olimpik, setiap negara hanya boleh menghantar maksimum dua wakil sekiranya semua pemain itu berada dalam kelompok 16 terbaik mengikut tempoh kelayakan dari 4 Mei 2015 hingga 1 Mei 2016. – BERNAMA

Tags: BAMLee Chong Wei
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jadi Model Seluar Dalam, Pelakon Baru Akui Kesilapan

Next Post

Polis Melaka Tahan 5 Lelaki Leka Berjudi Siber

Related Posts

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

06/05/2025
0

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz masih lagi menjadi calon tunggal bagi jawatan presiden pada...

SPRM Sahkan Siasat BAM

SPRM Sahkan Siasat BAM

03/12/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan telah dibuat terhadap kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM). IKUTI...

Next Post

Polis Melaka Tahan 5 Lelaki Leka Berjudi Siber

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd