Tuesday, July 23, 2024

Creating liberating content

Tunjuk Kertas Undi Dipangkah...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan tindakan menunjukkan...

Kes Saman Izzah Terhadap...

KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah difailkan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar...

Husam, Wan Rahim Dilarang...

KOTA BHARU – Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Husam Musa, dan Pengerusi...

Tabung Haji Terima Sumbangan...

KUALA LUMPUR – Sumbangan RM6.7 juta oleh 24 syarikat korporat kepada Lembaga Tabung...

Bakar Kereta Ferrari Hanya Kerana Mahu Model Lain

Jerman – Hanya kerana mahukan model Ferrari yang lain, seorang lelaki yang juga anak kepada jutawan telah mengupah tiga lelaki untuk membakar kereta Ferrari 458 miliknya yang bernilai £150,000 hingga hangus.

Dia berbuat demikian dengan harapan pihak insuran akan memberikan pampasan kepadanya bagi membolehkan dia membeli Ferrari baru bernilai £200,000.

Namun tindakan pemuda berusia 20 tahun itu terbongkar apabila kamera CCTV merakamkan semua komplot yang dirancangnya dengan tiga lelaki berusia antara 20 hingga 30 tahun dan berasal dari Serbia itu.

Menurut laporan media tempatan, lelaki itu yang tidak didedahkan namanya telah meletakkan kereta mewahnya di depan rumah urut dan kemudian mendapatkan perkhidmatan mengurut, untuk membolehkan ia menjadi alibi dalam kes berkenaan..

Pada masa sama, tiga lelaki yang diupahnya telah membakar kereta itu.


Pemuda itu dikenakan ikat jamin dan kini menjalani tempoh percubaan selama 22 bulan manakala tiga lelaki yang membakar kereta tersebut dikenakan perintah sama bagi tempoh antara 14 hingga 16 bulan.setiap seorang.

 

https://www.youtube.com/watch?v=fosbwaJJtDI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori