• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Badan Perhubungan PAS Selangor Ambil Alih Cawangan

oleh Ahmad Albab
20/08/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Badan Perhubungan PAS Selangor akan mengambil alih semua kawasan PAS yang ditinggalkan oleh pimpinan PAS kawasan terbabit.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Badan Perhubungan PAS Selangor akan memastikan PAS di kawasan terbabit terus lancar.

“Sebarang pengambilalihan adalah selari dengan Perlembagaan PAS.

“Fasal 26 (9) j iaitu menyelesaikan perselisihan yang berlaku dalam parti dan berkuasa menggantung dan membubarkan serta mengambil alih mana-mana Badan Perhubungan PAS Negeri/Wilayah Persekutuan, Kawasan-kawasan dan Cawangan-cawangan dengan melantik satu Jawatankuasa Tadbir sementara yang akan mempunyai kuasa sebagaimana sesebuah Jawatankuasa yang diambil menurut Perlembagaan ini untuk tempoh masa yang ditentukan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Semalam, kira-kira 400 ahli dan pemimpin PAS dipercayai pro-Anwar dari tiga kawasan PAS di Selangor mengumum meletak jawatan sama ada dalam parti atau jawatan yang mereka sandang.

Ia termasuk 183 ahli dari kawasan Kota Raja, 227 ahli kawasan Kapar dan tiga orang dari kawasan Klang yang akan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

“Pihak kami telah turut melakukan perbincangan-perbincangan di peringkat akar umbi dan tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk mengenal pasti pemimpin dan penggerak tempatan untuk mentadbir dan menggerakkan mana-mana kawasan atau cawangan PAS yang terlibat,” kata Iskandar.

Beliau turut menegaskan terdapat hampir 1,000 cawangan PAS dan hampir 100,000 ahli parti itu di Selangor. – MYNEWSHUB.CC

https://youtu.be/7N7HyiumDY0

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd