PERDANA Menteri Australia Tony Abbott menyatakan keyakinan negara tersebut bahawa misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 sedang dilakukan di kawasan yang tepat dan bangkai pesawat akan ditemui.
Perkara ini diumumkan pada Khamis, selepas flaperon yang ditemui di Pulau Reunion disahkan daripada pesawat Boeing 777 MH370.
Misteri Kehilangan MH370 Terungkai Selepas 515 Hari – Najib
“Penemuan serpihan bahagian sayap yang dikenali sebagai flaperon itu sekurang-kurangnya memberi petunjuk di lokasi mana pesawat berkenaan mungkin terhempas sekaligus menjadi petanda buat kali pertama bahawa kami semakin hampir menyelesaikan misteri yang membingungkan ini,” ujar Abbott.
Australia telah memimpin operasi pencarian pesawat MH370 yang hilang dari radar ketika membawa 239 penumpang termasuk anak kapal pada Mac tahun lalu, seterusnya mencetus misteri terbesar dalam dunia penerbangan. – MYNEWSHUB.CC

