Sunday, April 14, 2024

Creating liberating content

Gagal Di PP… LKS...

SELEPAS gagal untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang... pemimpin veteran DAP...

Aliran Trafik Semua Lebuh...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di semua lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat...

DAP Peralat PKR Untuk...

KOTA BHARU - PAS mendakwa DAP berjaya memperalatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk...

Polis Serbu Pesta Seks...

Petikan: Malaysia Crime - KLIKTahniah PDRM kerana bertindak pantas menyerbu kelab malam...

Imej “Kategori 3” Dirakam Sonar Tiada Kaitan MH370

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa Australia menafikan laporan berita yang mendakwa imej dirakam sonar yang berbentuk seperti kotak di dasar Lautan Hindi kemungkinan besar daripada pesawat MH370 yang hilang.

Menurut laporan agensi berita Australia Associated Press (AAP), memetik jurucakap Menteri Pengangkutan, Warren Truss yang mengesahkan objek itu bukan daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

“Semua itu adalah imej lama, dipercayai dirakam beberapa bulan lepas.

“Malah, kebarangkalian yang ia merupakan serpihan pesawat adalah amat kecil,” kata jurucakap itu.

Menurut laporan itu, yang diterbitkan oleh beberapa media asing dan tempatan Malaysia pada Khamis, menyatakan penemuan imej itu termasuk dalam “kategori 3”.

Ia dirakamkan oleh sebuah kapal yang terlibat dalam operasi pencarian MH370, kemungkinan besar adalah serpihan pesawat.

AAP berkata pencarian di dasar laut telah mengenal pasti lebih daripada 400 objek di dasar laut yang diklasifikasikan sebagai kategori 3 yang dirakamkan oleh sonar.


Namun apa yang menarik perhatian kerana keadaannya cukup luar biasa daripada keadaan di persekitaran tetapi kebarangkalian mempunyai kaitan dengan pesawat itu amat kecil.

Pada 29 Julai, satu serpihan sayap atau flaperon pesawat ditemukan terdampar di pantai Pulau Reunion dan dihantar ke Perancis untuk dianalisis.

Pada 6 Ogos, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan flaperon itu adalah daripada pesawat MH370.

Pesawat MH370 hilang pada 8 Mac tahun semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal termasuk 154 warga China. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=8yY5HaECYng

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori