• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Tawau Tahan 12 Pati Di Perairan Tanjung Pantau-Pantau

oleh Ahmad Albab
12/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau menahan 12 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Filipina semalam, kerana memasuki negara ini secara haram.

Ketua Penguatkuasa APMM Tawau Kapten Anor Jaafar berkata kesemua PATI yang berumur antara 13 hingga 65 tahun, itu ditahan dalam sebuah bot pam di perairan Tanjung Pantau-Pantau, Semporna, dekat sini.

“Anggota APMM yang sedang menjalankan tugas rondaan di sekitar lokasi berkenaan telah mengesan pam bot tersebut dalam keadaan yang mencurigakan pada jam lebih kurang 1.45 petang.

Pemeriksaan awal mendapati terdapat tiga awak-awak di atas bot pam berkenaan.

Namun setelah pemeriksaan lanjut dijalankan mendapati terdapat sembilan lagi individu sedang bersembunyi di sebalik kanvas pada bot itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut mendapati kesemua yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke jeti Kem Azumi, Semporna untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan yang sah, katanya. – BERNAMA\

 

Tags: APMMPati
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd