Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

UMNO Kedah Teliti Nama...

ALOR SETAR - UMNO negeri sedang meneliti nama daripada kalangan wanita UMNO untuk...

GAMBAR: Perempuan Simpanan Dibelasah,...

SEORANG wanita yang dipercayai 'perempuan simpanan' dibelasah dan bajunya dikoyakkan hingga menampakkan buah...

Banduan Warga Asing Berjaya...

SEORANG banduan warga asing dilaporkan hilang selepas dipercayai berjaya meloloskan diri ketika sedang membuat...

Penggunaan Plastik Ancam Makanan...

KUALA LUMPUR - Memandangkan Malaysia adalah negara pengguna makanan laut terbesar di Asia...

APMM Lumpuhkan Kegiatan Nelayan Vietnam Tangkap Ikan

KEMAMAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya melumpuhkan aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat ganding yang dilakukan sekumpulan nelayan Vietnam, di sini pada Rabu.

Ia ekoran penahanan dua bot yang menceroboh dan menangkap ikan secara haram kira-kira 90 batu timur laut Kuala Kemaman, berhampiran Pelantar Minyak Malong.

Ketua Penguatkuasa Pangkalan Maritim Kemaman Lt Komander Maritim Norhafizi Mohd Rafik berkata kedua-dua bot tersebut ditahan, masing-masing pada pukul 8.10 dan 9.20 pagi.

Katanya ketika melakukan rondaan, pihaknya mengesan kedua-dua bot tersebut melakukan aktiviti penangkapan secara beriringan.

“Menyedari kehadiran kami, sebuah bot melarikan diri namun APMM berjaya menahannya dengan menggunakan bot laju kami ” katanya ketika dihubungi Bernama di sini Jumaat

Menurutnya kesemua 23 nelayan termasuk tekong yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 45 tahun, ditahan kerana tidak mempunyai permit untuk menangkap ikan dan tiada dokumen perjalanan diri.

Norhafizi berkata ketika serbuan, bot tersebut dikatakan baru sahaja memindahkan sebahagian hasil tangkapan ke bot lain yang disyaki sebagai bot induk untuk membawa pulang hasil tangkapan ke negara mereka.

Menurutnya bot nelayan asing ini menggunakan taktik mewarnakan bot mereka sama dengan bot tempatan bagi mengaburi mata pihak berkuasa yang melakukan aktiviti rondaan di perairan.


“Nelayan ini mewarnakan dek kapal mereka dengan warna hijau manakala keseluruhan badan bot berwarna biru. Jika dilihat dari jauh ianya menyerupai bot nelayan tempatan, cuma yang membezakannya ialah nombor pendaftaran bot tersebut bukan didaftarkan di negara ini,” katanya.

Beliau berkata nelayan asing ini juga telah menukar waktu operasi menangkap ikan pada waktu malam kerana ianya sukar dikesan pihak berkuasa dan juga memudahkan mereka melarikan diri sekiranya dikejar pihak penguatkuasa.

Norhafizi berkata pihaknya akan terus meningkatkan rondaan 24 jam di perairan negara bagi mengekang aktiviti mencuri hasil laut negara.

Katanya nilai hasil rampasan berserta bot itu dianggarkan sebanyak RM1.2 juta manakala hasil tangkapan dianggarkan seberat 500 kilogram.

Nelayan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(A) iaitu menangkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan jika sabit kesalahan, tekong bot boleh didenda sebanyak RM1 juta manakala awak-awak boleh didenda sebanyak RM100,000 setiap seorang. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori