• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota UMNO Perlu Hindari Perkara Bawa Perpecahan Parti

oleh Ahmad Albab
21/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIK – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid menasihatkan anggota-anggota parti supaya menghindari perkara yang boleh membawa kepada perpecahan dalaman parti.

Beliau berkata sekiranya mereka mahu mengkritik atau menegur pemimpin, ia perlu dibuat mengikut platform yang betul.

“Contohnya, ketua cawangan dan ketua bahagian, ada platform bagi ketua cawangan nyatakan sesuatu kepada ketua bahagian…boleh berjumpa secara peribadi atau luahkan dalam mesyuarat melalui ucapan penangguhan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Sik di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah portal berhubung isu seorang anggota UMNO yang didakwa ditaja pihak tertentu untuk mengkritik kepimpinan Presiden parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan perkataan kesat.

Mahdzir berkata sebarang bentuk teguran atau kritikan yang bertujuan menghina pemimpin tidak wajar dilakukan oleh anggota UMNO terutamanya yang bertujuan untuk mengaibkan dan memalukan.

“…jika ada usaha untuk sengaja menjatuhkan seseorang, pada saya itu sangat tidak baik. Bukan sahaja orang yang bercakap, tetapi orang yang menaja, jika betul dakwaan itu, ia sangat tidak baik untuk sebuah perjuangan,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: Mahdzir KhalidUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd