Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

TKC Terima Sumbangan Bas...

KUALA LUMPUR – Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Negeri Sembilan, hari ini menerima sebuah...

Sumbat 21.7kg Syabu Dalam...

KUCHING : Sindiket pengedaran dadah menggunakan pelbagai taktik untuk mengelirukan pihak berkuasa termasuk...

Rakyat Malaysia Sambut Hari...

NEW DELHI - Rakyat Malaysia di India menyambut Hari Kebangsaan pada Khamis pada...

40,000 Pelanggan Daftar Pelan...

KUALA LUMPUR - Maxis Bhd. sehingga hari ini telah menerima lebih daripada 40,000...

Anggota Tentera Tergantung 3 Jam Pada Sebatang Pokok

Mersing – Seorang anggota tentera yang menjalani latihan payung terjun terpaksa menunggu hampir tiga jam selepas tersangkut pada sebatang pokok tualang setinggi 20 meter di Kem Iskandar, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang, mangsa, Mohd Razi Ibrahim, 32, dari Unit 9 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Melaka tersangkut pada pokok berkenaan sebelum usaha membawanya turun dilakukan anggota bomba dan penyelamat.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Mersing Johar Sanusi berkata, sebuah jentera bersama enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membantu menurunkan mangsa sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 3.36 petang.

“Menurut maklumat awal mangsa tersangkut pada pokok di Kem Iskandar sebelum sebuah jentera dikejarkan untuk membantu menyelamatkan mangsa.


“Sebaik tiba di lokasi kejadian pada jam 3.52 petang, kami mendapati seorang anggota tentera tersangkut di atas pokok setinggi kira-kira 20 meter ketika membuat latihan payung terjun,” katanya. – myMetro Online

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori