• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Polis Cedera Dalam Ops Samseng Jalanan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Seorang penunggang motosikal merempuh seorang anggota polis ketika cuba melepaskan diri daripada sekatan jalan raya di Jalan Kinabenua di sini pada 17 Ogos.

Penganggur lelaki berumur 22 tahun itu kemudian ditahan, manakala anggota polis berkenaan patah tulang bahu dan buku lali dalam kejadian yang berlaku di Jalan Bebuluh pada 3.30 petang itu.

Ketua polis Labuan Supt Adzhar Othman berkata suspek tidak mempunyai lesen memandu dan cukai motosikal yang ditunggangnya sudah tamat tempoh.

“Anak muda semakin agresif sekarang dan kami tidak boleh biarkan ini berterusan sehingga ia menjadi tidak terkawal,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Anggota polis terbabit dihantar ke Hospital Nukleus Labuan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh.

Sementara itu, Polis Labuan dan Polis Kepayan melancarkan ‘Ops Samseng Jalanan’ di empat titik panas di sepanjang Jalan Kinabenua, Jalan Tun Mustapha, Jalan Pohon Batu dan berhampiran Kompleks Sukan Labuan.

Sekurang-kurangnya 27 motosikal dan sebuah kereta dirampas dalam operasi tiga hari itu yang bermula 15 Ogos.

“Kami akan bertindak tegas untuk mengesan samseng jalanan dan operasi seperti ini akan terus diadakan. Kami ada strategi untuk membasmi lumba haram dan samseng jalan raya,” katanya.

“Bagaimanapun, kami ingin meminta orang ramai supaya tidak menjadikan isu ini suatu bahan viral kerana ia masih terkawal, apa yang kami cuba jelaskan di sini ialah lumba haram atau samseng jalan raya belum berleluasa di Labuan,” katanya.

Adzhar berkata polis juga menahan dua lelaki kerana memiliki syabu seberat 0.9 gram dan 14 lagi kerana memandu di bawah pengaruh alkohol serta melanggar had laju.

“Kesemua mereka telah dihadapkan ke mahkamah,” katanya. – BERNAMA

Tags: polissamseng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.