• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aliran Trafik Dari Utara Dan Selatan Ke Ibu Negara Sesak

oleh Ahmad Albab
31/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aliran trafik dari utara dan selatan di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menuju ke ibu negara dilaporkan sesak dengan pertambahan bilangan kenderaan berikutan cuti umum Hari Kebangsaan.

Keadaan kesesakan itu yang bermula jam 2 petang ini dijangka berterusan sehingga malam ini, menurut jurucakap PLUS kepada Bernama.

“Sehingga kini keadaan trafik di beberapa laluan iaitu di Bukit Merah ke Taiping mengalami kesesakan berikutan berlaku kemalangan di kawasan itu.

“Selain itu, trafik bergerak perlahan di Changkat Jering ke Bukit Berapit, kawasan Rehat & Rawat (RR) Sungai Perak ke Terowong Menora, Gua Tempurung ke Tapah dan Bidor ke Slim River,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, aliran trafik dari Pedas Linggi ke Port Dickson turut mengalami kesesakan, selain dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ke Putrajaya berikutan kebakaran belukar yang dipercayai berlaku di Dengkil menyebabkan jarak penglihatan pemandu terhad.

Sementara itu, jurucakap Bilik Gerakan Trafik Kuala Lumpur ketika dihubungi berkata aliran trafik di sekitar ibu kota masih bergerak lancar dan terkawal.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pula melaporkan trafik bergerak perlahan dari Bentong Timur ke Bukit Tinggi dan dari Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak.

Untuk maklumat lanjut dan terkini, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 atau talian LLM 1800-88-7752 atau layari www.twitter.com/plustrafik atau www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

Tags: aliran trafik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik menghala Pantai Timur dari Gombak ke Genting Sempah sesak anggaran 11 kilometer pagi ini. Jurucakap Lembaga...

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

19/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya bertol di Lembah Klang secara keseluruhannya bergerak lancar setakat jam 2.55 petang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd