• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli UMNO Perlu Tumpu Usaha Perkukuh Parti – Bung Moktar

oleh Ahmad Albab
03/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Anggota Umno tidak perlu mempertikaikan isu rombakan kabinet yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebaliknya menumpukan usaha mereka memperkukuhkan parti, kata anggota majlis tertinggi parti itu, Datuk Bung Moktar Radin.

Beliau berkata, anggota parti perlu memikirkan cara yang lebih proaktif untuk menggerakkan parti agar tetap kukuh daripada terus mempersoalkan isu berkenaan.

“Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan UMNO telah melalui krisis seumpama ini beberapa kali tetapi kita masih berjaya dalam perjuangan Umno sehingga kini kerana keyakinan tinggi terhadap perjuangan parti,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian persidangan perwakilan Pemuda Umno Bahagian Kinabatangan di sini, Ahad.

Ketua Umno Bahagian Kinabatangan itu berkata, perjuangan parti tidak boleh terhenti walaupun pemimpin bertukar ganti dan ia harus diteruskan.

“Ahli parti perlu bekerja keras menggerakkan dan memperkukuhkan benteng parti demi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pucuk kepimpinan parti,” katanya.

Menurutnya, apa yang penting adalah memperkukuhkan jentera Umno bagi mempertahankan kerusi yang ditandingi pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

Bung Moktar yang juga anggota Parlimen Kinabatangan berkata, beliau menghormati keputusan yang dibuat Perdana Menteri dalam rombakan kabinet baru-baru ini.

“Saya juga menghormati pendirian Timbalan Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan Naib Presiden Umno (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) yang telah menyatakan sokongan mereka untuk terus berkhidmat dan membantu Umno memenangi pilihan raya umum ke-14 walaupun tiada sebarang jawatan dalam kerajaan,” katanya.

Katanya, pemimpin di peringkat bahagian, anggota Umno dan tiga sayap parti tidak perlu bimbang dengan kedua-dua pemimpin tertinggi Umno itu kerana mereka tetap bersama dalam parti dan menunaikan tanggungjawab selaku timbalan presiden serta naib presiden. – BERNAMA

 

Tags: Bung MoktarUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan dakwaan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching yang menyatakan DAP ikhlas...

Rakyat Johor Tahu Siapa Sebenarnya Sombong Dan Bongkak, Akan Tunjuk Di Kertas Undi – Akmal Saleh

Rakyat Johor Tahu Siapa Sebenarnya Sombong Dan Bongkak, Akan Tunjuk Di Kertas Undi – Akmal Saleh

17/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd