Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Pegawai Dan Anggota IPK...

KANGAR - Seramai 70 pegawai dan anggota polis Perlis mengadakan lawatan ke Hospital...

Dua Suspek Charlie Hebdo...

WASHINGTON - Dua beradik yang dinamakan pihak berkuasa Perancis sebagai suspek utama serangan...

Mangsa Keldai Dadah Di...

SEPANG - Selepas menempuh perjalanan lebih 28 jam, dua rakyat Malaysia mangsa sindiket...

Sesat Di Gunung Pulai,...

JOHOR BAHRU – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua warga Singapura yang dilaporkan...

Agrobazar Malaysia Di Singapura Raikan Kejayaan Tahun Pertama

SINGAPURA – Agrobazar Malaysia di Singapura, platform kekal pertama bagi mempromosi buah-buahan dan produk berasaskan pertanian Malaysia di luar negara, menyambut ulang tahun pertama kejayaannya hari ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata: “Kita berjaya melaksanakannya dan paling penting ia melambangkan ikatan serta hubungan yang berkekalan antara Malaysia dan Singapura.

“Sama ada kita sedar atau tidak, perkongsian cita rasa merupakan asas ikatan yang kukuh antara rakyat Malaysia dan Singapura. Kita amat menggemari durian!, dan ini menunjukkan keberkesanan apa yang dikenali sebagai ‘diplomasi durian’.

“Ikatan yang kukuh ini, saya percaya akan berkekalan, selagi kita menghormati dan menghargai antara satu sama lain,” kata Ahmad Shabery kepada pemberita selepas melancarkan ulang tahun pertama Agrobazar dan Kempen Riuh De Agrobazar di sini hari ini.

Ahmad Shabery berada di sini untuk lawatan kerja pertama sejak dilantik menyandang portfolio itu dalam rombakan Kabinet baru-baru ini.

Dalam usia baru setahun, Agrobazar pantas berkembang dan rancangan sedang dirangka untuk terus menjadikan ia lebih menarik kepada warga Singapura dan pelancong melalui pelbagai kempen serta program kesedaran.

“Sebagai cawangan pertama di luar negara, Agrobazar di Singapura akan menjadi model bagi Lembaga Pertanian dan Pemasaran Persekutuan (FAMA) untuk memperluaskan outlet lain di luar negara termasuk di Dubai, London, Hong Kong, tanah besar China dan bandar raya lain di dunia yang disasarkan, yang sedang dalam pelaksanaan,” kata beliau.

Beliau juga memuji FAMA kerana mempromosikan Agrobazar secara agresif ke pasaran antarabangsa dan menyifatkan FAMA sebagai ‘duta kecil’ dalam bidang tersebut.


Beliau berkata FAMA bekerja keras untuk menjayakan sesuatu yang lebih berfaedah daripada semata-mata menjual (pertanian dan produk berasaskan pertanian) – iaitu mempromosikan Malaysia.

Terletak di 37-43 Sultan Gate, Singapura, Agrobazar Malaysia – idea yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak – dijalankan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dan dilaksanakan oleh FAMA.

Najib, bersama rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong, merasmikan pelancaran outlet itu pada 27 Ogos tahun lepas sebagai satu daripada tarikan pelancongan paling popular di republik berkenaan.

Turut hadir pada acara itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Arif Abdul Rahman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura Datuk Husni Zai Yaacob, Pengerusi FAMA Tan Sri Badruddin Amiruldin, Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Semula Bandar Singapura Ng Lang.

Acara itu turut dimeriahkan dengan persembahan oleh artis Singapura dan Malaysia, Awi Rafael serta Aliyah.

Selain buah-buahan Malaysia seperti durian, manggis dan nangka, para tetamu juga disajikan dengan makanan lazat dan asli dari Terengganu termasuk nasi dagang, ketupat sotong serta keropok lekor yang disediakan khusus oleh Eksekutif Sous Chef Primula Beach Hotel, Chef Ariffin Minggu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori